• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi MIX 2s dengan kuasa dipertingkat bakal muncul di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 21/05/2018
  • Komen
Mi MIX 2s dengan kuasa dipertingkat bakal muncul di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun bulan puasa, ia tak menghalang dari pengeluar untuk melancarkan telefon pintar baru mereka di Malaysia. Huawei, honor, ASUS dan OPPO telah pun mengisi jadual pelancaran minggu ini dan minggu depan. Mungkin Xiaomi juga akan turut serta.

Menerusi Facebook Mi Malaysia, mereka telah memuat naik gambar yang memperkatakan tentang pelancaran Mi MIX 2s, mengatasi AI. Ia hanyalah sebuah teaser, kerana Mi Malaysia tidak pula menyatakan bila tarikh pelancarannya.



The #MiMIX2S has the new flagship dual camera of 12MP wide angle and 12MP telephoto lens! Don't you think TWO is better than one? ?

#TeasingUols #ArtxTechnology #AIcamera

Posted by Mi Malaysia on Wednesday, 16 May 2018

Mi MIX boleh dikatakan pelopor kepada telefon pintar nirbingkai. Mi MIX 2s yang baru dilancarkan di China dua bulan lepas, mengekalkan falsafah nirbingkai dan menjadikannya lebih nipis.

Skrin Mi MIX 2s seluas 5.99-inci dengan nisbah 18:9 dan resolusi FHD+ 2160×1080. Ia tidak memiliki takuk di dahi, tetapi bingkai sedikit tebal di dagu bagi memuatkan kamera hadapan.



Sebagai peranti kelas flagship, Mi MIX 2s menggunakan pemproses Snapdragon 845 bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Satu pembaharuan di Mi MIX 2s adalah sokongan pengecasan wayarles pantas, untuk mengisi bateri 3,400mAh selain menggunakan pengecas USB-C.

Tetapi Xiaomi membuang port audio 3.5mm pada Mi MIX 2s, bermakna pengguna perlu mendapatkan adaptor USB-C ke 3.5mm jika mahu menggunakan fon telinga berwayar.

Kamera Mi MIX 2s dipuji ramai, malah DxOMark memberinya 97 markah, sama seperti iPhone X. Ia menggunakan dwi-lensa 12MP di belakang, yang dilengkapi autofokus dwi-piksel bersama penstabil imej optikal (OIS). Saiz piksel yang lebih besar iaitu 1.4-mikron turut membantu mempertingkat prestasi kameranya. Kamera hadapannya yang terletak di bawah skrin, menggunakan sensor 5MP.

Di China, Mi MIX 2s telah dijual dengan harga RMB3,299 (~RM2,056) bagi model 6GB RAM + 64GB storan, RMB3,599 (~RM2,243) bagi 6GB RAM dan 128GB storan. Manakala model terhebat 8GB RAM dan 256GB storan pula berharga RMB3,999 (~RM2,493).

Sementara itu di Malaysia, model lama Mi MIX 2 masih dijual pada harga RM1,699 bagi 6GB RAM dan 64GB storan berwarna hitam, dan RM2,299 bagi model putih seramik dengan 8GB RAM dan 128GB storan.

Atau kalau tak sabar nak dapatkan Mi MIX 2s juga, boleh dapatkan set import dari DirectD yang dijual berharga RM2,399 dengan 6GB RAM dan 64GB storan.

Tags: Mi MalaysiaMi MIX 2SMi Mix 2s Malaysiaxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi MIX 2s dengan kuasa dipertingkat bakal muncul di Malaysia

Mi MIX 2s dengan kuasa dipertingkat bakal muncul di Malaysia

21 May 2018
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN