Fujifilm X-T100 Miliki Ranggi X-T20 Tapi Tanda Harga Bajet

Peminat Fujifilm X pastinya gembira dengan berita ini. Fujifilm telah menlancarkan sebuah kamera dalam siri X.

X-T100 yang baru diumukan ini pastinya menjadi jambatan ataupun batu loncatan antara X-A5 dan X-T20. Hal in kerana, pada RM3,290 untuk X-T20badan sahaja, pasti sudah tentu ramai akan perfikir panjang untuk membelinya. Tapi X-A5 (RM3,288) memiliki binaan plastik dan tiada EVF.

Pada rupa luaran, X-T100 memang mirip X-T20. Terdapat beberapa butang yang dihilangkan dan pengguna perlu melakukan sedikit kompromi daripada segi spesifikasi dan fungsi X-T20 bagi menikmati penjimatan kos.

Pada papan utamanya, ia memiliki sensor APS-C dan ia bukanlah snesor X-Trans serta CPU untuk memproses imej bukanlah X-Processor Pro. Sebaliknya sensor 24.2MP dan CPU generik digunakan.

Kelebihan X-T100 berbanding X-A5 adalah ia dibina dengan lebih utuh. Badannya besi dan ia ada EVF. Paparan LCD-nya dikilas ke sisi dan fungsi ini tiada pada X-T20.

Tiada sistem autofokus canggih hadir kamera ini. Ia adalah pengesanan fasa biasa dengan bilangan titik sebanyak 91. Tapi, algoritma yang digunakan untuk membidik fokus adalah yang sama digunakan pada kamera siri X yang labih mahal.

Daripada segi keupyaan video, ia boleh merakam video 4K pada kadar 15fps dan 1080p pada kadar 60fps.

Fujifilm X-T100 akan mula dijual bermula 18 Jun 2018. Harganya di US adalah seperti berikut:

  • USD 600 (RM2,391) (badan sahaja)
  • USD 700 (RM2,789) (badan + lensa Fujinon 15-45 F3.5-5.6)

[Sumber: FujifilmDPreview]

BACA  Netflix perkenal pelan lebih murah RM17/bulan