• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

vivo x21 ada pengimbas capjari dalam skrin

  • OLEH Najib
  • 2:17 pm
  • 28/05/2018
  • Komen
vivo x21 ada pengimbas capjari dalam skrin
Share on FacebookShare on Twitter

Berminat memiliki telefon pintar dengan teknologi pengimbas capjari dalam skrin, tapi tak ada bajet untuk beli Huawei Mate RS Porsche Design berharga RM6,999? Alternatif untuknya akan tiba di Malaysia pada 5 Jun nanti.

Vivo Malaysia hari ini berkongsi tentang ketibaan telefon pintar vivo X21 ke Malaysia. Telefon pintar ini memiliki pengimbas capjari di dalam skrin, dan akan dilancarkan di Malaysia pada 5 Jun 2018.



Dengan ketiadaan pengimbas capjari fizikal di depan, vivo dapat memuatkan lebih banyak skrin di hadapan dan mengurangkan bingkai. Dengan vivo X21, nisbah skrin ke badan adalah sebanyak 90.3%. Jika tidak boleh menggunakan capjari, vivo X21 masih ada pengimbas wajah untuk membuka kunci skrin.

Skrin vivo X21 berkeluasan 6.28-inci, menggunakan paparan Super AMOLED FullView Display dengan nisbah 19:9. Resolusinya pula hanya FHD+ 2280×1080. Tetapi untuk menjadikan bingkai yang amat nipis, ia memerlukan takuk di dahi untuk memuatkan speaker panggilan serta kamera hadapan.



Kuasa vivo X21 digerakkan oleh cip kelas pertengahan, Snapdragon 660 bersama 6GB RAM dan 128GB storan. Slot mikroSD padanya membolehkan storan tambahan sehingga 256GB lagi. Baterinya nampak agak kecil, 3,200mAh sahaja dan masih menggunakan port mikroUSB untuk mengecas.

Kamera vivo X21 menggunakan dwi-lensa 12MP F1.8 dwi-piksel + 5MP F2.4 di belakang, dan lensa 12MP F2.0 berkuasa kecantikan AI di hadapan. LED Flash terdapat sama di belakang dan cahaya skrin digunakan untuk kamera depan.

Sistem operasi vivo X21 menjalankan Android 8.1 Oreo dengan antaramuka FunTouch 4.0, yang amat mirip dengan rupa dan fungsi iOS.

Di China, vivo X21 telah dijual pada harga RMB3,598 (~RM2,255). Pada harga ini, ia boleh dikatakan pesaing kepada OPPO R15 Pro yang baru dilancarkan di Malaysia, berharga RM2,399.

Sama-sama kita nantikan ketibaan 5 Jun 2018 nanti untuk mengetahui lebih lanjut tentang hargas dan tarikh jualan vivo X21 di Malaysia.

Tags: vivovivo Malaysiavivo X21vivo X21 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
vivo x21 ada pengimbas capjari dalam skrin

vivo x21 ada pengimbas capjari dalam skrin

28 Mei 2018
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER