• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Bagaimana RTM mahu menyiarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung?

  • OLEH Najib
  • 5:15 pm
  • 30/05/2018
  • Komen
Bagaimana RTM mahu menyiarkan perlawanan Piala Dunia secara langsung?
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI: Kerajaan akan membayar RM40 juta untuk hak penyiaran awam Piala Dunia 2018

Kabinet kerajaan Malaysia yang bersidang hari ini, telah memutuskan akan menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2018 menerusi saluran RTM 1. Untuk beberapa perlawanan terpilih.



Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sejurus selepas keluar dari mesyuarat kabinet kerajaan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Perlawanan yang terpilih itu pula akan diumumkan kemudian, seawal hari Khamis esok, jelas Gobind lagi.

Gobind membawa cadangan ini kepada kabinet sebagai satu usaha untuk menarik orang ramai menonton RTM. Piala Dunia 2018 kali ini dianjurkan oleh Rusia, dan berlangsung dari 14 Jun sehingga 15 Julai 2018.



Untuk melaksanakan siaran langsung Piala Dunia 2018, RTM perlu mendapatkan lesen penyiaran terlebih dahulu. Kita semua sedar dan jelas, lesen penyiaran Piala Dunia 2018 di Malaysia dipegang oleh Astro.

Walaupun Astro mahu orang ramai melanggan Pas Piala Dunia atau menjadi pelanggan Pek Sukan Astro sebelum dapat menonton siaran langsung Piala Dunia 2018, Astro masih memberi beberapa perlawanan untuk ditonton percuma, secara langsung.

Sebanyak 22 perlawanan Piala Dunia 2018 boleh ditonton secara percuma, menerusi saluran Astro Arena. Astro Arena merupakan saluran sukan percuma yang boleh ditonton semua, menerusi laman web Astro GO ataupun aplikasi mudah alih Astro GO di iOS atau Android. Pendaftaran adalah percuma.

Berapa agaknya kerajaan perlu membayar Astro untuk mendapatkan hak siaran Piala Dunia di RTM1 ni? Atau mungkin Astro hanya berkongsi 22 perlawanan percuma yang disiarkan menerusi saluran Astro Arena sahaja?

Kami tak rasa perlawanan Piala Dunia peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan disiarkan di RTM1. Tidak secara percuma dari Astro.

KEMASKINI: Nampaknya kerajaan hanya perlu mendapatkan hak penyiaran awam menerusi MLeague Marketing. Gobind telah memaklumkan kerajaan akan membelanjakan RM40 juta untuk hak  penyiaran ini. Akan ada juga penaja lain jadi kerajaan akan membayar kurang dari jumlah penuh ini.

Dengan hak penyiaran awam ini, RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung manakala 14 perlawanan lain disiar melalui siaran tertangguh. Rakyat Malaysia akan mempunyai dua pilihan untuk menonton Piala Dunia 2018, sama ada menerusi Astro atau di RTM.

[Sumber: NST, MalaysiaKini]

Tags: Gobind SinghPiala DuniaPiala Dunia 2018RTM
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER