Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini

Intro

Selaras dengan inisiatif kerajaan negara kita untuk menaik taraf sistem penyairan TV terestial di Malaysia, MYTV diperkenalkan untuk memacu penghijrahan daripada penyiaran analog kepada digital.

Antara kelebihan penggunaan teknologi penyiaran digital berbanding analog adalah seperti:

  1. kualiti gambar sehingga HD Penuh
  2. kandungan audio boleh disampaikan dalam pelbagai bahasa
  3. keupayaan untuk mengepilkan sari kata bersama-sama malkumat kandungan
  4. maklumat sari rancangan seharian boleh dihantar terus ke kaca TV

Antara langkah terawal dalam inisiatif ini adalah penghantaran set dekoder MYTV secara rambang kepada penerima BRIM. Tidak seperti siaran analaog yang hanya memerlukan antena ditambat terus ke TV, siaran digital memerlukan kelengkapan tambahan iaitu dekoder.

Dekoder ini diperlukan untuk menangkap isyarat digital sebelum diterjemah menjadi gambar dan suara.

Saya memilki satu set dekoder MYTV dan dalam artikel ini, saya akan ajar bagaimana untuk memasangnya.

Kandungan Artikel Ini:

Apa Yang Anda Perlukan?

Sebelum menonton siaran digital, beberapa kelengkapan perlu anda sediakan. Antaranya adalah:

  • Dekoder MYTV. Ada TV yang lebih moden telah sedia memiliki dekoder terbina dalam set TV. Anda hanya perlu mencari jika ia menyokong fungsi DVB-T2 semasa membeli TV. Jika tidak, anda boleh membeli sebuah dekoder DVB-T2 secara dalam talian pada harga yang murah.

Contoh dekoder MYTV

  • Antena. Antena ada beberapa jenis dan bergantung pada jarak kediaman daripada pusat pemancar, anda mungkin boleh menggunakan antena dalam rumah ataupun terpaksa memacaknya di atas bumbung.

Antena 5 elemen dibeli di Lazada

  • Kabel RG6. Kabel ini sering digunakan untuk menyambungkan piring satelit ASTRO ke dekoder. Kabel yang sama digunakan untuk siaran digital dan panjang yang diperlukan bergantung pada jarak dekoder dengan antena. Jika antena berada di atas bumbung, anda memerlukan kabel RG6 yang lebih panjang.
BACA  Siaran digital MYTV pulih selepas bertemu TM dan SKMM

Anda boleh tanyakan “kabel Astro” pada taukeh kedai

Penyambung F RG6

Penyambung RF Coaxial

  • Kabel HDMI atau RCA Composit. Jika anda memiliki TV ber-HDMI, anda boleh manfaatkan siaran digital HD jika menggunakan kabel HDMI.

Kabel HDMI

Kabel RCA Composite