Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini

Sambung Antena Kepada Dekoder

Antena 5 elemen ini saya beli di Lazada dan didatangkan dengan 5M kable RG6 percuma.

Sebelum melakukan apa-apa penggerudian pada dinding, saya menggunakan tripod kamera sebagai kaki sementara untuk mencari signal TV digital.

Setelah memasang antena pada kaki sementara, saya akan sediakan kabel RG6 untuk penyambungan. Saya akan jalurkan kable RG6 dan pasang penyambung F pada kedua-dua hujung kabel.

Kemudian, pada hujung yang satu lagi, saya sambungkan dengan penyambung RF Coaxial.

Apabila kabel tersedia, ia disambungkan pada antena dan juga dekoder.

Hidupkan Dekoder Dan Mula Cari Siaran

Setelah bahagian antena sedia, saya hubungkan dekoder kepada TV menggunakan kabel HDMI ataupun RCA Composit.

Setelah memeriksa penyambungan beberapa kali, saya terus menghidupkan dekoder, TV serta menukar input TV kepada HDMI.

Antara muka (UI) dekoder mungkin tidak sama antara model dengan model. Tapi fungsi asasnya tetap serupa, iaitu anda perlu mengarahkannya mencari siaran TV digital. Cumanya tempat setting itu ditempatkan mungkin berbeza.

Jika anda menggunakan dekoder rasmi MYTV, anda boleh terus melakukan Auto Scan sejurus menghidupkan dekoder.

Selesai Scan, saya beroleh 12 saluran TV dan 4 saluran radio. Jika anda menggunakan antena dalam rumah, langkah anda mungkin selesai di sini.

Jika tidak, anda boleh melakukan perubahan kecil untuk mengoptimumkan penerimaan.

Contents

BACA  Buka Kotak: OPPO F11 Pro Edisi Avengers Yang Sangat Berbaloi