Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini

Cari Jarak Antara Rumah Dengan Pemancar

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mencari bearing stesen pemancar TV digital terhampir dengan anda. Ia penting kerana antena perlu dihalakan kepadanya jika ingin memungut siaran.

Untuk tujuan itu, anda boleh melayari http://mytvbroadcasting.my/peta2.html kerana di sana ada peta yang ditandakan dengan semua stesen pemancar TV digital di seluruh negara.

Kemudian, anda boleh melayari Google Maps untuk mencari sesaran terus daripada anda ke stesen pemancar.

Saya berada di Puncak Alam dan tiga stesen terhampir dengan saya adalah menara KL, Genting Highlands, dan Bukit Besi, Cheras.

Saya perlu lakukan talaan untuk ketiga-tiga stesen pemancar ini. Isyarat pemancar yang paling tinggilah tempat antena saya akan dihalakan.

Dalam kes saya, jarak antara kediaman dengan menara KL adalah sekitar 30km, jadi saya memilih antena 5 elemen.

3 Jenis Antena Yang Sesuai Untuk TV Digital

Selain jarak daripada stesen pemancar, jenis antena turut memainkan peranan. Terdapat rule-of-thumb perkaitan antara jenis antena dengan jarak pemancar:

  • Antena dalam rumah boleh digunakan jika jarak kediaman dengan pemancar kurang daripada 25km

Antena dalam rumah

  • Antena 5 elemen digunakan jika jarak kediaman dengan pemancar kurang daripada 80km

Antena mini 5 elemen

  • Antena “tulang ikan” digunakan untuk jarak melebihi 120km daripada pemancar.

Antena tulang ikan

Perli dingatkan bahawa ini sekadar rule-of-thumb kerana isyarat radio terkesan dengan bentuk muka bumi serta infrastruktur fizikal yang perlu ditempuhinya sebelum tiba ke antena anda.

Contents