Iklan Raya 2018 Manakah Yang Anda Rasa Paling Epik?

Hari raya kian menghampiri. Corong radio sudah mula memutarkan lagu-lagu raya. Jom kita lihat apa perkembangan iklan raya untuk tahun ini. Secara kasarnya saya rasa tahun ini agak seimbang antara sedih dan gembira. Agaknya TNB masih mengekalkan agensi kreatif yang menghasilkan “kisah raya Aida” 2017 kerana sinematografinya memang padu dan ada dalam kelasnya yang tersendiri.

Setakat ini sebanyak 19 iklan Raya 2018 berjaya kami himpunkan dalam artikel ini dan baki beberapa hari ini dijangka lebih banyak iklan akan diterbitkan.

  1. Bank MBSB
  2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  3. Celcom Axiata
  4. DIGI
  5. Habib Jewels
  6. KFC
  7. Lazada
  8. Malaysia Airlines
  9. OPPO
  10. Petronas
  11. RHB Bank
  12. S P Setia Berhad
  13. Samsung
  14. Star Media Group
  15. Sun Life Malaysia
  16. Telekung Siti Khadijah
  17. TNB
  18. Traveloka
  19. Yakult
  20. YEO’S

Bank MBSB

Realiti tak semestinya selari dengan fantasi media sosial.


Celcom

Sambungan daripada kisah Kasih 5 Sekawan filem pendek untuk Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Gawai & Keamatan daripada Celcom Axiata.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sambut raya tak semestinya kena di kampung. Di bandar raya pun boleh. Masa rayalah bandar besar boleh “berehat”.


DIGI

Kisah benar tentang seorang pemain bola sepak yang berasa bersalah dengan abangnya, rakan sepasukannya, dan penyokongnya.


Habib Jewels

Selain ibu ayah, nenek atuklah orang yang paling rapat dengan kita.


KFC

Tahun lepas KFC bawakan tema abah dengan anak, tahun ini mereka bawakan tema adik beradik pula. Air dicincang takkan putus.


Lazada

Kenapa kecoh-kecoh pergi kedai di kota sedangkan Lazada boleh hantar terus ke muka pintu?


Malaysia Airlines

Tahun lepas Malaysia Airlines main dengan montaj, iklan raya tahun ini dah up dengan penceritaannya yang tersendiri.

BACA  [Reviu] My Cloud Home Duo, Penyelesaian Muktamad Anda Kepada Masalah Lambakan Foto Liburan


OPPO

OPPO kata kita kena sentiasa bersangka baik dan jangan cepat menjatuh hukum


Petronas

Untung ada keluarga besar, ada ambil jabatan baju raya, jabatan katering, jabatan keceriaan, jabtan hiburan dan jabatan kebersihan.


RHB Bank

Kisah tertubuhnya empayar telekung Siti Khadijah daripada menjual  telekung di pasar malam saja.


S P Setia Berhad

Adik malas pakai samping sebab panas. Atuk kata samping ada magisnya yang tersendiri. Apakah ia?


Samsung

Ekosistem barangan rumah Samsung memang lengkap serba-serbi. Persiapan raya amatlah licin lebih-lebih lagi dengan produk pintar daripada mereka


Star Media Group

Bos bersusah-payah untuk anak buah demi cuti raya diluluskan.  Jalan cerita yang unik dan jarang dilihat pada iklan raya yang kebanyakkannya berkisarkan keluarga.


Sun Life Malaysia

Alamak, baju raya tahun ini terbakar dek mercun yang dimain Din! Bolehkah misi menyelamatkan raya berjaya?


Telekung Siti Khadijah

Lagi iklan yang membawa mesej “fahami maksud sebenar sebelum jatuhkan hukum”


TNB

Dah dua tahun berturut-turut TNB hadir dengan iklan raya epik. Cuba perhatikan teknik long shot pada 2:40, memang wow!


Traveloka

Di mana ada keluarga, di situlah tempat beraya.


Yakult

Ikuti pengembaran persiapan raya FaFau, Nabil Ahmad, dan Sherry Alhadad


YEO’S

Iklan ringkas daripada Yeo’s tentang Syawal yang baru nak belajar puasa.