OPPO R15 Pro ada hadiah percuma sepanjang Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia sekarang memang hangat diperkatakan. OPPO Malaysia turut sama mahu menyertai kehangatan ini dengan menawarkan promosi khas Piala Dunia bagi telefon pintar terbarunya, OPPO R15 Pro.

Sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2018 dari 21 Jun hingga 15 Julai 2018, pembeli OPPO R15 Pro boleh mendapatkan tawaran istimewa dari Celcom dan SenQ.

Celcom menawarkan OPPO R15 Pro dengan ansuran dari serendah RM42 sebulan. Pembelian OPPO R15 Pro di Celcom juga akan menerima hadiah percuma berupa gelang pintar Weloop Now 2 bernilai RM179.

SenQ pula menyediakan hadiah percuma gelang pintar Weloop Neo bagi pembelian OPPO R15 Pro. Selain itu, SenQ turut memberikan jaminan tambahan tahun ke-2, dan menyediakan pembelian secara ansuran dengan 0% kadar faedah.

Tidak ketinggalan, Stor Online OPPO juga ada hadiah percuma iaitu gelang pintar Weloop Neo. Hadiah percuma ini diberi selagi stok masih ada.

OPPO R15 Pro dilancarkan di Malaysia sebulan yang lalu, berharga RM2,399 dengan GST 0%. Skrinnya memiliki takuk di dahi, menggunakan OLED berkeluasan 6.28-inci dan resolusi FHD+ 2280×1080. OPPO R15 Pro menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama ColorOS 5.0, bateri sebesar 3,400mAh dan boleh dicas pantas menggunakan teknologi VOOC.

Kuasa dalamannya menggunakan cip Snapdragon 660, dengan 6GB RAM serta 128GB storan dalaman. Ia memiliki slot kad sim hibrid, pilihan menggunakan antara 2 kad sim nano atau 1 kad sim bersama kad mikroSD.

Tampil menawan dalam warna Cosmic Purple dan Ruby Red, OPPO R15 Pro datang dengan kamera hadapan 20MP bersama kuasa AI bagi mencantikkan tangkapan swafoto. Kamera belakang pula yang pertama seumpamanya di OPPO, dwi-lensa 16MP F1.7 dan 20MP F1.7 untuk penghasilan efek bokeh yang semulajadi.

BACA  iPhone 6 murah giler dengan internet tanpa had U Mobile