Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Permainan Pokemon Quest Bakal Hadir Untuk Android & iOS

Pokemon Quest adalah game Pokemon terbaru daripada The Pokémon Company. Ia dilancarkan untuk platform Nintendo Switch dalam bulan Mei 2018. Jika anda teringin sangat untuk bermain tetapi ketiadaan platform, ia diumumkan akan hadir pada Android & iOS.

Pokémon Quest boleh diletakkan dalam kategori RPG Adventure. Anda sebagai pelatih Pokémon, anda wujudkan parti yang terdiri daripada tiga pokemon dan keluar mengembara melawan Pokémon liar dan mengumpul item untuk memperkuat pasukan anda.

Anda tinggal di sebuah kem dengan keluarga Pokémon anda dan terdapat fungsi memasak umpan yang akan memanggil Pokémon liar masuk ke kem sebelum menjadi sebahagian daripada keluarga anda.

Cabarannya adalah untuk mencari kombinasi bahan masak yang boleh memanggil masuk Pokémon legenda seperti Mew. Tiada panduan khusus tentang kombinasi bahan masakan dan ia memerlukan anda menyelidikinya sendiri.

Pokemon Quest akan dilancarkan pada 27 Jun ini untuk kedua-dua platform Android dan iOS. Pengguna Android boleh mula mendaftarkan minat untuk bermainnya di Play Store.

BACA  Android 11 rasmi hari ini, meluncur keluar ke lebih banyak telefon pintar