• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

vivo Y81 pilihan takuk yang lebih murah

  • OLEH Najib
  • 5:04 pm
  • 22/06/2018
  • Komen
vivo Y81 pilihan takuk yang lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Berminat dengan telefon pintar vivo V9 tapi di luar bajet anda? vivo Y85 berharga RM999 dengan rupa yang hampir sama pun masih anda berkira-kira? Cuba tengok satu lagi model baru vivo dengan rupa yang hampir sama tetapi harga yang lebih murah, iaitu vivo Y81.

vivo Y81 akan dijual di Malaysia dengan harga RM799, RM200 lebih murah dari vivo Y85 yang baru dilancarkan tahun lepas. Persamaannya yang paling ketara antara keduanya adalah skrin 6.22-inci yang bertakuk di dahi, dengan resolusi HD+ 1520×720 dalam nisbah 19:9.



Kuasa dalaman vivo Y81 digerakkan pemproses Mediatek Helio P22, tetapi dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Ia sedia menerima kad mikroSD dan dua kad sim.

Satu lagi perbezaan ketara adalah vivo Y81 menggunakan hanya satu lensa kamera belakang berkuasa 13MP, manakala kamera hadapan lensa tunggal berkuasa 5MP. Ia juga tiada pengimbas capjari.



Baterinya sama besar, 3,260mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Sistem operasi FunTouch OS4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo digunakan pada vivo Y81.

Jika anda mahu lebih berjimat RM200 dan tak kisah dengan pengurangan seperti kamera belakang lensa tunggal, tiada pengimbas capjari dan RAM lebih kecil, anda boleh mendapatkan vivo Y81 berbanding vivo Y85 atau vivo V9.

Ia dilihat telah dijual di DirectD dan juga SatuGadget dengan pilihan warna Merah dan Hitam.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: vivovivo Y81vivo Y81 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

vivo Y81 pilihan takuk yang lebih murah

vivo Y81 pilihan takuk yang lebih murah

22 June 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN