• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga honor 7S jauh lebih murah dari jangkaan

  • OLEH Najib
  • 4:37 pm
  • 25/06/2018
  • Komen
Harga honor 7S jauh lebih murah dari jangkaan
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas honor Malaysia telah memberi petunjuk ketibaan telefon pintar honor 7S di Malaysia. Ternyata ia bukanlah pesaing kepada honor 7A yang berharga RM479 kerana harga jualan honor 7S jauh lebih murah.

Tak perlu menunggu sampai 27 Jun, honor Malaysia hari ini telah mengumumkan harga rasmi bagi honor 7S hanyalah RM379, RM100 lebih murah dari honor 7A. Memang patutpun honor 7S lebih murah kerana spesifikasinya lebih rendah dari honor 7A.



Telefon pintar honor 7S ini akan mula dijual bermula 27 Jun 2018 jam 9 pagi, di Stor Rasmi honor di Lazada serta di Vmall.my. Terdapat dua warna ditawarkan, Hitam dan Emas.

Khas untuk 500 pembeli terawal, mereka akan turut menerima kad mikroSD 32GB secara percuma. Malah, honor memberikan telefon pintar honor 8 percuma untuk pendaftar minat yang bertuah.



honor 7S memiliki skrin FullView 5.45-inci dengan resolusi HD+ 1440×720 dalam nisbah 18:9. Ia menggunakan CPU Mediatek MT6739 4-teras 1.5GHz, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. honor 7S memiliki tiga slot kad yang boleh memuatkan dua kad sim dan kad mikrosd serentak.

Kamera belakangnya berlensa tunggal 13MP dan kamera hadapan 5MP dilengkapi LED Flash. Bateri pula 3,020mAh dan ia menjalankan sistem operasi EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Sedikit sebanyak, honor 7S boleh memberi saingan sengit kepada telefon yang paling banyak dijual di Lazada tahun lepas, Xiaomi Redmi 5A yang kini berharga RM329. Spesikasi kedua-dua peranti ini agak sama, 2GB RAM dan 16GB storan serta kamera belakang 13MP. Kelebihan utama honor 7S adalah pada skrinnya yang lebih lebar, 5.45-inci dalam nisbah 18:9.

Seminggu yang lepas, DirectD telah memberi petunjuk kepada satu lagi pesaing dalam kelas yang sama, ASUS Zenfone Live L1. Ia dikatakan akan dijual pada harga RM3xx, bermakna harga maksimanya RM399. Spesifikasinya juga hampir sama dengan Xiaomi Redmi 5A dan honor 7S, tetapi skrin yang sedikit lebih besar, 5.5-inci bernisbah 18:9.

Dengan ketibaan honor 7S ini ia pasti memberi saingan sengit kepada Xiaomi Redmi 5A. Malah ia dijual lebih awal dari ASUS Zenfone Live L1, memberinya peluang sampai ke tangan pengguna dengan lebih cepat juga.

Apakah pilihan anda, honor 7S yang baru ini atau kekal mendapatkan Redmi 5A atau mahu tunggu ketibaan ASUS Zenfone Live L1?

Tags: honorhonor 7Shonor 7S Malaysiahonor malaysiaTelefon Murah
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Harga honor 7S jauh lebih murah dari jangkaan

Harga honor 7S jauh lebih murah dari jangkaan

25 Jun 2018
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER