• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 8 SE lebih kecil dan murah dah diimport masuk ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:25 pm
  • 25/06/2018
  • Komen
Mi 8 SE lebih kecil dan murah dah diimport masuk ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk peminat Xiaomi yang tak sabar mendapatkan versi bajet model terbaru Mi 8, ia kini telah berada di Malaysia. Set import Mi 8 SE dengan skrin yang lebih kecil dan kuasa pemproses Snapdragon 710 pertama di dunia boleh mula dibeli di Malaysia.

Salah satu pengedar peranti, Mobile 2 Go telah menyenaraikan set import Mi 8 SE pada harga RM1,398 sahaja. Ia datang bersama 4GB RAM dan 64GB storan dan buat masa ini hanya ditawarkan dalam warna emas. Set import ini diberikan 1 tahun jaminan oleh Mobile 2 Go sendiri, memandangkan ia bukan set rasmi Xiaomi Malaysia.



?Ready Stocks! Xiaomi Mi 8 SE @ RM1398!
[Powered By Snapdragon 710 | Dual Rear Camera!]

Key Features:➡️
➡️5.88 inch…

Posted by Mobile 2 Go on Saturday, June 23, 2018

Mi 8 SE adalah versi cilik yang memiliki skrin AMOLED berukuran 5.88-inci dalam nisbah 18.7:9 dan resolusi FHD+ 2244×1080. Tidak dilupakan, ia juga memiliki takuk di dahi skrin.

Sebagai versi lebih kecil, Mi 8 SE menggunakan pemproses Snapdragon 710 10nm berbanding versi biasa Mi 8 yang dikuasakan Snadpragon 845. Tetapi ia adalah yang pertama di dunia menggunakan pemproses Snapdragon 710, dikatakan 20% lebih prestasi dan 30% kurang menggunakan tenaga berbanding cip Snapdragon 660.



Di ruangan kamera, ia dilengkapi dwi-lensa 12MP F1.9 + 5MP F2.0 berkuasa AI di belakang dan lensa tunggal 20MP bagi swafoto di kamera depan.

Bateri di dalamnya agak kecil, 3,120mAh tetapi menyokong pengecasan pantas Quick Charge yang dicas melalui USB-C. Mi 8 SE tidak lagi memiliki port audio 3.5mm dan kekal tiada slot kad mikroSD.

Jika anda lebih berminat dengan Mi 8 yang dikuasakan Snapdragon 845 dengan skrin lebih besar, Mobile 2 Go turut menjualnya pada harga RM1,998 bagi storan 64GB dan RM2,198 untuk 128GB.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Mi 8 SEMobile 2 Goxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 8 SE lebih kecil dan murah dah diimport masuk ke Malaysia

Mi 8 SE lebih kecil dan murah dah diimport masuk ke Malaysia

25 June 2018
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

14 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN