• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung mencuba Android Go di telefon pintar Galaxy

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 25/06/2018
  • Komen
Samsung mencuba Android Go di telefon pintar Galaxy
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak pengeluar menghasilkan antaramuka Android mereka sendiri seperti EMUI di Huawei, MIUI di Xiaomi, ColorOS di OPPO dan banyak lagi. Tetapi ramai juga pengguna yang berminat untuk menggunakan antaramuka Android asli, kerana ia menjanjikan kemaskini sistem operasi yang pantas dan berpanjangan.

Lama tidak nampak peranti Samsung yang tidak menggunakan antaramuka TouchWiz, atau kini dikenali sebagai Samsung Experience, selepas Galaxy Nexus. Tetapi Samsung mungkin kembali bekerjasama dengan Google untuk menghasilkan peranti Galaxy yang dikuasakan antaramuka Android asli.



Selepas memberhentikan pneghasilan peranti Nexus dan bertukar ke Pixel, Google mula bekerjasama dengan pengeluar lain untuk penggunaan antaramuka Android asli menerusi program Android One dan Android Go. Android One mensasarkan peranti biasa, manakala Android Go adalah program penghasilan peranti berkuasa rendah tetapi masih mampu menjalankan operasi telefon pintar. Lebih penting, Android Go menjadikan telefon pintar lebih murah.

Menurut Sammobile, Samsung sedang menjalankan ujian terhadap peranti pertama Galaxy yang dikuasakan Android Go. Ujian ini dijalankan di beberapa negara dan Malaysia dikatakan salah satu darinya.



Laporan itu menyebut Samsung menguji Android Go di telefon pintar Galaxy J2 model SM-J260G. Ia adalah variasi Galaxy J2 terbaru. Telefon ini telah kelihatan di Geekbench dan ditemui menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Pemprosesnya adalah Exynos 7570 14nm yang diperbaharui dan disenaraikan dengan 1GB RAM sahaja. Ciri utama peranti Android Go.

Buat masa ini di Malaysia, baru satu peranti Android Go yang dijual secara rasmi iaitu Nokia 1 yang berharga kurang RM300 dengan GST 0%. Bolehkah Samsung menjual peranti Galaxy dengan harga di bawah RM300 nanti?

[Sumber: Sammobile]

Tags: Android GoGalaxy J2samsungSamsung Galaxy J2SM-J260
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Samsung mencuba Android Go di telefon pintar Galaxy

Samsung mencuba Android Go di telefon pintar Galaxy

25 Jun 2018
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER