5 Produk Gaming Terbaru Acer Malaysia Untuk Tawan 2018

Dengan moto “Conquer New Worlds” Acer Malaysia berbangga membawa masuk sejumlah produk gaming kedalam pasaran Malaysia untuk dinikmati pengguna kita. Kebanyakkan daripada produk yang dilancarkan di sini baru saja dilancarkan kurang sebulan di New York.

Produk-produk gaming terbaru Acer yang boleh dibeli selwat-lewatnya Ogos 2018 adalah seperti:

  • Predator Helios 500
  • Predator Orion 5000
  • Predator X27 Gaming Monitor
  • Acer Nitro 50 Desktop
  • Acer Nitro 5

Predator Helios 500

Predator Helios 500 adalah mesin gaming bergred dekstop tapi dipadatkan dalam bentuk laptop. Mana taknya, spesifikasi yang dimilikinya amat mengagumkan tanpa mengorbankan tahap mobiliti yang dimiliki sebuah laptop.

Ia memiliki paparan IPS HD Penuh sebesar 17.3″. Bermain game jadi lebih puas dengan bantuan panel ber-refresh rate 144Hz.

Pada jabatan bunyian, ia dilengkapi speaker stereo dan subwoofer yang disuntik teknologi TrueHarmony Acer dan Waves MaxxAudio.

Untuk kawal selia terma, laptop ini dilengkapi sisitem penyejukan proprietari AeroBlade 3D yang mengekalkan suhu laptop pada tahap optimum sepanjang masa.

Terdapat dua varian Predator Helios 500 ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Varian 1

  • Intel Core i9-8950HK
  • RAM 32GB DDR4
  • Storan 1TB HDD + 512GB SSD

Varian 2

  • Intel Core i7-8750H
  • RAM 16GB DDR3
  • Storan 1TB HDD + 256GB SSD

Kedua-dua varian masing-masing dijual pada harga RM12,999 dan RM8,999.

Predator Orion 5000

Predator Orion menyediakan mesin gaming dalam bentuk desktop dan siri 5000 diletakkan antara Orion 3000 dan 9000.

Keunikan  siri Predator Orion adalah pada kawal selia haba yang dimilikinya. Teknologi proprietari IceTunnel 2.0 membahagian desktop kepada beberapa zon termal yang setiap satunya miliki aliran udaranya yang tersendiri.

Bahagian depannya yang lompoong tapi dilindungi panel berjaring membolehkan Orion 5000 menyedut udara dalam kuantiti yang besar sebelum diagihkan kepada zon-zon terma didalamnnya.

BACA  honor Magic 2 Kini Boleh Didapati Di Kedai Berhampiran Anda

Rekaan casing dekstop siri Orion juga mendukung keunikannya yang tersendiri. Tiada peralatan yang diperlukan sekiranya ingin menaik taraf komponen di dalamnya. Bahagian tepi casing lutsinar tetapi mampu menghalang inteferens elektromagnetik daripada menganggu komponen di dalamnya.

Komponen yang menguasakan dekstop ini adalah seperti:

  • Intel Core i7-8700 generasi 8
  • RAM 16GB DDR4
  • GPU NVIDIA GeForce 1070

Predator Orion 5000 dijual pada harga RM7,899 dan didatangkan bersama set papan kekunci dan tetikus.

Predator X27 Gaming Monitor

Ini adalah antara monitor gaming paling canggih pernah dihasilkan Acer untuk siri Predator mereka sehingga untuk menjalankannya sahaja mereka menyarankan GPU 1080 dalam konfigurasi SLI digunakan.

Hal ini kerana monitor ini memiliki resolusi 4K (3840 x 2160) sebesar 27″ ini ada kadar refresh 144Hz yang memerlukan kuasa pengkomputeran yang tinggi ditambah pula dengan kepantasan gerak balas sepantas 4ms.

Untuk menghasilkan imej yang supercantik, fungsi pemalap setempat disertakan sekala. Terdapat 384 zon yang mengawal kecerahan monitor untuk menyokong teknologi HDR Ultra dan ia boleh dicerahkan sehingga tahap 1,000 nits.

Predator X27 Gaming Monitor dijual  pada harga RM9,999.

Acer Nitro 50 Desktop

Untuk yang memiliki bajet terhad, mereka boleh melihat pada siri Nitro yang menyediakan pilihan yang lebih ekonomi namun tetap berupaya menyediakan pengalaman gaming yang cemerlang.

Nitro 50 Desktop diperkasa komponen seperti:

  • CPU Intel Core i7 generasi 8
  • GPU NVIDIA GeForce GTX 1050
  • RAM 8GB DDR4
  • Storan sehingga 1TB

Menjadi gerbang kepada selebriti penstriman, ia menyokong ouput visual multimonitor sehingga 4 buah. Jadi anda boleh melakukan strim dan bermain daripada komputer yang sama tanpa masalah.

Terdapat juga pad pengecas wayarles Qi untuk mengecas telefon yang menyokong fungsi itu.

BACA  Razer Warnai Sukan SEA Ke-30 Selaku Rakan Rasmi E-Sukan

Nitro 50 Desktop dijual pada harga RM4,239 dan hadir bersama set papan kekunci dan tikus.

Acer Nitro 5

Jika anda lebih selesa dengan laptop berbanding desktop, Nitro juga menyediakan alternatif. Nitro 5 memiliki sebahagian besar Nitro 50 tapi dalam bentuk yang lebih mudah diusung kesana kemari. Ia adalah sebuah laptop sebear 15.6″ dengan panel IPS HD Penuh.

Pada papan utama, anda boleh menemui komponen seperti:

  • CPU Intel Core i7+ generasi 8
  • GPU NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti
  • Intel Optane Memory 16GB
  • Storan 1TB

Keunikan laptop gaming ini adalah pada sistem kawal selia haba yang dimilikinya. Acer Coolboost meletakkan laptop dalam keadaan optimum sepanjang masa dengan bantuan dua kipas khas.

Nitro 5 dijual pada harga RM3,999.