• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Telegram Perlu Berjaga-jaga, Ada Virus Yang Menghendap Anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:47 am
  • 03/07/2018
  • Komen
Mengapa Telegram hilang dari Apple Appstore?
Share on FacebookShare on Twitter

Sekumpulan penyelidik keselamatan telah mengenalpasti sejenis virus dalam kategori trojan yang mampu mengawal telefon Android anda daripada jauh. Ia dimungkinkan dengan mengeksploitasi kerentanan pada protokol Telegram dan juga fungsi Remote Admistration Tools yang sedia terbina pada Android.

Trojan yang dikenali sebagai HeroRat itu dipercayai adalah varian kepada beberapa trojan yang menggunakan pendekatan hampir serupa dan telah tersebar sejak Ogos 2017.



Uniknya HeroRat berbanding yang lain adalah pembangunnya menjual trojan ini secara terbuka di Telegram beserta tutorial penggunaannya.

Modus Operandi HeroRat

HeroRat menjangkiti telefon mangsa apabila mangsa memuat turun APP khas secara sideload dan bukannya memuat turunnya dari Google Play Store. Ia biasanya dipakejkan dalam APP yang memberikan barangan percuma seperti bitcoin dan pengikut di medsos.



Kemudian, APP itu akan memohon diberikan kelepasan tahap pentadbir yang membuka seluas-luasnya pintu mengakses data kepada HeroRat. Pengguna yang tidak membaca butiran pastinya akan terperangkap dengan jerangkap samar ini.

Tidak terhenti di situ, untuk memastikan pengguna tidak perasan yang mereka dijangkiti Trojan, satu mesej rosak akan di-popup-kan menyatakan APP ini tidak berfungsi dan proses “unistall” akan dilakukan, Padahal, APP itu selamat berada dalam ruang storan telefon.

Pada pihak penyerang, dia akan menerima mesej yang menyatakan ada telefon baru menyertai untuk dieksploit.

Menggunakan fungsi bot telegram, dia boleh melakukan perkara seperti:

  • melakukan panggilan
  • hantar SMS
  • ketahui lokasi
  • buka kamera

bagi pihak mangsa daripada telefon penyerang.

Bagaimana untuk kekal selamat?

Anda boleh merujuk pada artikel terdahulu tentang membasmi jangkitan virus pada telefon anda.

Secara ringkasnya, anda boleh melakukan perkara ini:

  1. Guna Lock Screen
  2. Aktifkan Data Backup
  3. Muat turun APP dari Play Store sahaja
  4. Pastikan fungsi Google Play Protect dan Find My Device berjalan
  5. Aktifkan fungsi pengesahan dwitahap pada akaun Google
  6. Periksa kelepasan yang diberikan pada setiap APP

[Sumber: ESET]

Tags: heroratkeselamatantelegramtrojanvirus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER