• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lamborghini akan tampil di majlis pelancaran OPPO Find X

  • OLEH Najib
  • 6:13 pm
  • 11/07/2018
  • Komen
Lamborghini akan tampil di majlis pelancaran OPPO Find X
Share on FacebookShare on Twitter

Kita semua dah maklum bahawa telefon pintar OPPO Find X akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Julai nanti. Perkara yang masih kurang pasti adalah tentang edisi Lamborghini, adakah ia juga akan dijual di Malaysia kelak?

Perkara ini masih belum terjawab tetapi OPPO Malaysia ada memberi sedikit petunjuk. OPPO Find X edisi Lamborghini dimaklumkan akan tampil di majlis pelancaran Find X pada 17 Julai nanti.



Selain ditampal logo Lamborghini pada telefon ini, lain-lain perkara pada Find X adalah sama dengan edisi Lamborghini. Seperti skrin OLED 6.4-inci, resolusi FHD+ dan tidak bertakuk. Serta modul boleh sorok yang menjadi perumah kepada dwi-lensa kamera belakang, kamera hadapan dan sistem pengimbas wajah 3D.

Kuasa OPPO Find X juga hebat kerana ia menggunakan cip Snapdragon 845. Bagi edisi Lamborghini, ia datang bersama 8GB RAM dan 512GB storan dalaman.



Kecuali di bahagian pengecasan. Ini kerana OPPO memasang pengecasan pantas terbaru mereka, Super VOOC yang boleh mengecas bateri 3,400mAh di dalam Find X dalam masa 35 minit sahaja, berbanding 90 minit dengan pengecas VOOC.

Di majlis pelancarannya di Paris, OPPO Find X diumumkan berharga EUR999 (~RM 4,704) dengan storan 256GB. Manakala edisi Lamborghini pula berharga EUR1,699 (~RM8,001) dengan storan 512GB. Ia juga dinyatakan akan mula dijual bermula Ogos 2018 di pasaran terpilih. Untuk perbandingan, Huawei Mate RS Porsche Design dengan 6GB RAM dan 256GB storan dijual pada harga RM6,999 di Malaysia.

Jadi, adakah Malaysia salah satu pasaran terpilih untuk edisi Lamborghini? Telefon pintar Huawei berasaskan PORSCHE DESIGN dilaporkan sering mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia. Adakah OPPO akan turut sama menjual edisi Lamborghini ini di Malaysia?

Kita sama-sama nantikan majlis pelancaran OPPO Find X pada 17 Julai nanti. Jangan lupa, ada siaran langsung FB Live di Facebook OPPO Malaysia juga. Ada hadiah menanti untuk penonton bertuah.

Tags: Find XFind X LamborghiniFind X Lamborghini MalaysiaoppoOPPO Find XOPPO Find X LamborghiniOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Lamborghini akan tampil di majlis pelancaran OPPO Find X

Lamborghini akan tampil di majlis pelancaran OPPO Find X

11 July 2018
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN