• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lazada platform eksklusif tempahan awal OPPO Find X

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 13/07/2018
  • Komen
Lazada platform eksklusif tempahan awal OPPO Find X
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Find X telah ditetapkan tarikh pelancarannya di Malaysia pada hari Selasa akan datang, 17 Julai 2018. Tetapi jika anda ingin menjadi yang terawal memilikinya, maka anda boleh membuat tempahan awal yang akan dibuka pada hari Ahad ini, 15 Julai 2018.

OPPO Malaysia memaklumkan mereka telah bekerjasama dengan platform e-dagang terkemuka Malaysia, Lazada untuk membuka tempahan OPPO Find X. Pada 15 Julai nanti, orang ramai boleh pergi ke Stor Rasmi OPPO di Lazada untuk membuat tempahan awal OPPO Find X.



Mereka yang berminat hanya perlu membeli e-baucar bernilai RM100 dari stor tersebut, dan menggunakan baucar tersebut bagi menjelaskan baki bayaran pada hari pelancaran, 17 Julai 2018. Mereka yang membuat tempahan awal ini, sudah pasti akan menjadi yang pertama memiliki telefon pintar OPPO Find X.

Harga jualan OPPO Find X masih belum dikenalpasti, ia akan diumumkan pada majlis pelancaran kelak. Tetapi semasa pelancaran di Paris, OPPO Find X telah diumumkan berharga EUR999 (~RM 4,704) dengan storan 256GB. Di India, Find X telah dilancarkan berharga Rs59,990 (~RM3,547). Mungkin harga di Malaysia hampir menyamai harga di India ini.



Selain itu, OPPO Malaysia juga memaklumkan kehadiran dua selebriti ke majlis pelancaran OPPO Find X kelak. Mereka ialah jurugambar terkenal, Keda’z bersama artis yang kian meningkat naik popularitinya, Zahirah MacWilson. Mereka berdua akan berkongsi pengalaman mereka menggunakan OPPO Find X dalam kerjaya mereka seharian.

Jika anda sangat berminat dengan teknologi serba canggih yang tampil pada OPPO Find X dan ingin memilikinya, jangan ketinggalan untuk membuat tempahan awal pada hari Ahad ini, 15 Julai 2018 di Stor Rasmi OPPO di Lazada. Harga dia kena tunggu hari Selasa pula.

Tags: Find XFind X MalaysiaoppoOPPO Find Xoppo find X malaysiaOPPO MalaysiaOPPO x Lazada
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Lazada platform eksklusif tempahan awal OPPO Find X

Lazada platform eksklusif tempahan awal OPPO Find X

13 July 2018
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER