• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 3.1 janji 3 tahun kemaskini keselamatan Android

  • OLEH Najib
  • 4:46 pm
  • 13/07/2018
  • Komen
Nokia 3.1 janji 3 tahun kemaskini keselamatan Android
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi model baru telefon pintar Nokia diumumkan untuk pasaran Malaysia. Nokia 3.1 kini telah dijual di Malaysia bermula hari ini, dari pengedar sah Nokia di seluruh negara.

Tarikan utama Nokia 3.1 adalah penggunaan sistem operasi Android Tulen versi Oreo 8.0 dan menyertai keluarga Android One. Ini menjanjikan kemaskini keselamatan bulanan selama 3 tahun, dan kemaskini sistem operasi selama 2 tahun.



Dari segi spesifikasi, Nokia 3.1 adalah peranti kelas pertengahan. Ia dikuasakan cip Mediatek MT6750 8-teras, RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Ia sedia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Jika anda gemar telefon yang kecil, Nokia 3.1 adalah untuk anda. Ia memiliki skrin 5.2-inci dalam nisbah 18:9, dengan resolusi HD+ dan diselaputi kaca Corning Gorilla 3. Baterinya sebesar 2,990mAh dan dicas melalui port mikroUSB.



Untuk kamera, Nokia 3.1 dilengkapi kamera 13MP F2.0 di belakang, dan kamera 8MP F2.2 dengan lensa lebar 84.6-darjah di hadapan. Satu kekurangan pada telefon ini adalah ketiadaan pengimbas capjari.

Nokia 3.1 turut menggunakan dua-tona warna seperti kebanyakan telefon Nokia yang lain. Terdapat tiga warna disediakan iaitu Biru/Tembaga, Hitam/Krom dan Putih/Besi.

Kepada yang berminat, Nokia 3.1 dijual di Malaysia berula 13 Julai 2018 pada harga RM655. Dalam spesifikasi dan harga sebegini, ia dilihat bersaing dengan ASUS ZenFone Max Plus M1 (4GB/32GB RM599) dan Xiaomi Redmi 5 (3GB/32GB RM565).

Tags: Nokianokia 3.1nokia 3.1 malaysiaNokia Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Nokia 3.1 janji 3 tahun kemaskini keselamatan Android

Nokia 3.1 janji 3 tahun kemaskini keselamatan Android

13 July 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN