Ikuti Tutorial Ini Untuk Pasang Custom ROM Di Telefon Huawei/honor Anda

Pendahuluan

Pengenalan fungsi Treble pada Android 8 Oreo membuka peluang kepada pembangun-pembangun Android di luar sana untuk memberikan pengalaman Android asli (AOSP) kepada pengguna Huawei.

Sebelum ini, menggunakan AOSP pada telefon Huawei adalah agak mustahil kerana sistem operasi EMUI yang digunakan Huawei adalah amat penyeluruh sehinggalah pada bahagian recovery-nya.

Hal ini bermakna, sistem recovery pada EMUI Huawei tidak boleh memasukkan sistem operasi pihak ketiga. Fungsi Treble yang diperkenalkan Google memisahkan kerangka utama Android dengan sistem hasilan vendor.

Maka, pembangun pihak ketiga boleh membangunkan sistem operasi berasaskan EMUI tetapi mengubah bahagian hasilan vendor mengikut kehendak sendiri.

Hasilnya, anda kini boleh menikmati AOSP pada telefon Huawei.

Selain itu, anda juga perlu memahami yang ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan anda juga fahami tentang risiko telefon anda di-brick di pertengahan jalan tanpa sebarang amaran. Jadi, jika ingin meneruskan dengan tutorial ini, anda memahami risiko-risiko yang bakal anda hadapi.

Dalam artikel ini, saya ingin mendemonstrasikan bagaimana cara anda memasang AOSP pada sebuah Huawei Mate 10 Pro yang menjalan sistem operasi EMUI 8. Selain Mate 10 Pro ada sejumlah telefon yang turut boleh dipasang Custom ROM padanya menggunakan tutorial ini.

Telefon-telefon berkenaan adalah seperti berikut:

  1. Mate 10 Pro
  2. Mate 10
  3. Honor View 10
  4. MediaPad M5 8.4″
  5. MediaPad M5 10.8″
  6. MediaPad M5 Pro
  7. Honor 9
  8. Honor 8 Pro
  9. P10 Plus
  10. P10
  11. Mate 9 Pro
  12. Mate 9
  13. Honor 9 Lite
  14. P Smart
  15. Honor 7X
  16. Mate 10 Lite
  17. P10 Lite
  18. P8 Lite 2017
  19. Honor 6X

Fasa 1: Unlock Bootloader

a) Mohon Kod Unlock Bootloader

Bootloader boleh diibaratkan seperti pintu gerbang kepada sebuah telefon Android. Untuk memasukkan software custom (dalam kes ini custom ROM), pintu perlu dibuka terlebih dahulu.
Oleh sebab Huawei mengunci bootloader mereka, anda perlu memohon kebenaran daripada mereka untuk berbuat demikian. Kod unlock kepada bootloader boleh didapatkan daripada laman web EMUI.

BACA  Semua Maklumat Jualan Mate 20 Pro Di Malaysia Dan Produk Yang Dilancar Bersamanya

Ia adalah kod unik dan tidak boleh dikongsikan. Kod itu ditambat pada telefon anda dan boleh digunakan berulang kali untuk melakukan nyahkunci bootloader.

Untuk mendapatkan kod nyahkunci, pergi ke https://emui.huawei.com/ dan cari pautan UNLOCK. Kemudian anda diminta untuk melog masuk akaun Huawei.

Dalam halaman yang seterusnya, isi borang yang disediakan. Anda perlu memasukkan maklumat seperti:

  • Nombor siri produk
  • Kod EMEI slot SIM 1
  • Nombor ID produk

Selesai memasukkan semua maklumat yang diperlukan, anda akan diberikan kod nyahkunci bootloader. Simpan kod ini untuk digunakan sekejap lagi.

b) Aktifkan Enable OEM Unlock

Di telefon, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum meng-unlock bootloader. Pergi ke Setting>System>About Phone, cari Build Number dan tap padanya beberapa kali sehingga ada pop-up yang menyatakan:

“You are now a developer!”

Sesudah itu, pergi ke satu halaman belakang dan cari Developer Options. Dalam ruangan itu, aktifkan dua tetapan ini:

  • Enable OEM unlock
  • USB Debugging

c) Unlock Bootloader

Seterusnya, sambungkan telefon pada komputer mengunakan kabel USB. Mungkin akan terdapat beberapa pop-up akan keluar pada telefon untuk bertanyakan kebenaran komputer untuk melakukan debug pada USB.

Tekan saja Allow.

Kemudian, lancarkan aplikasi TOOL ALL IN ONE – muat turun di sini

Dalam tetingkap aplikasi, pastikan status telefon anda sebelum pergi ke langkah seterusnya. Anda sepatutnya akan melihat frasa seperti:

  • Adb device ready
  • BLA-L29

Setelah berpuas hati, tekan butang Reboot Bootloader dan telefon akan terpadam untuk di-boot masuk ke bootloader.

Tunggu sehingga telefon selesai boot masuk ke bootloader. Bootloader akan miliki rupa seperti di bawah ini. Anda akan melihat frasa seperti:

  • Phone Locked
  • FRP Unlock (sebab kita dah aktifkan Allow OEM Unlock)
BACA  Kelebihan dan kekurangan yang kami temui lepas buka kotak iPhone XS

Di komputer, tekan butang Unlock dan masukkan kod unlock yang anda perolehi sebelum ini dalam ruang yang disediakan dan teruskan meng-unlock.

Telefon akan terpadam dan satu paparan bertanyaakan kepastian anda untuk membuka bootloader akan keluar. Selepas bersetuju, telefon akan di-reset ke tetapan asal (factory setting) dan anda perlu mengaktifkan kembali fungsi USB Debugger seperti di langkah “Aktifkan Enable OEM Unlock” sebentar tadi.