Telefon Dengan Rekaan Superradikal Dari OPPO Tiba Di Malaysia

OPPO memecah dogma yang dibawa Apple yang “notch” tidak boleh disisihkan sekiranya ingin menghasilkan telefon berbingkai nipis dengan OPPO Find X. Setelah dilancarkan di Perancis sebulan yang lalu, ia kini memunculkan diri dalam pasaran Malaysia.

Untuk beberapa ketika OPPO kekal bermain dalam segmen pertengahan dengan siri seperti OPPO F dan OPPO R, kini tiba masanya mereka bermain dengan abang-abang besar. Find X adalah sebuah telefon dengan spesifikasi premium, justeru rekaannya.

Depan dan belakang telefon ini tiada apa-apa kecuali kaca Corning Gorilla dan tanda cap OPPO. Kamera depan dan belakangnya disembunyikan pada satu mekanisme khas.

Satu panel akan terangkat apabila melancarkan APP kamera ataupun ingin nyahkunci telefon. Tiada pengimbas jari pada telefon ini maka, sistem keselamatan biometriknya bergantung pada pengimbas wajah, seperti sebuah iPhone X.

OPPO menyatakan mereka telah menjalankan ujian kelasakkan pada mekanisme ini sebanyak 300,000 kali ulangan dan ia lulus ujian tersebut. Tapi, ia masih mekanikal dan risiko bendasing masuk tetap ada dan boleh mengkompromikan sistem.

Pada bahagian pemuka, anda dihidangkan dengan panel paparan AMOLED sebesar 6.2″ dengan resolusi HD Penuh tanpa notch. Ia meliputi hampir 93% muka telefon dengan bingkai berkeluasan hampir sama di segenap pelosok.

Untuk kamera, ia menggunakan komfigurasi dwikamera belakang dan ekakamera depan. Kamera belakangknya dikuasakaan sensor 16MP dan 20MP manakala kamera depan diperkasa sensor 25MP.

OPPO Find X dijual pada harga RM3,699 dengan tempahan awal dibuka hari ini, 17 Julai 2018 di Stor Konsep OPPO, Stor Online OPPO serta di rakan niaga OPPO seperti Celcom Blue Cube, SenQ, 11street, Lazada dan Shopee. Setiap tempahan awal ini akan menerima hadiah percuma berupa jam pintar Olike New bernilai RM376.

BACA  OPPO F7 & Find X terkeluar dari benchmark 3DMark kerana markah diragui

Telefon pintar OPPO Find X akan mula berada di pasaran Malaysia pada 5 Ogos 2018.

Spesifikasi OPPO Find X

Paparan6.42"
AMOLED
HD+ Penuh
19:8
PemprosesSnapdragon 845
RAM8GB
Storan256GB
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
ColorOS 5.1
Kamera belakangKamera 1 16MP F2.0
Kamera 2 20MP F2.2
Kemera depan25MP F2.0
Bateri3,730mAh
Pengecasan Pantas