Beralih ke U Mobile sekarang dan nikmati internet tanpa had dari serendah RM25/bulan

Hampir sebulan yang lepas, U Mobile melancarkan pelan internet tanpa had yang sangat murah, Giler Unlimited GX30 untuk prabayar dan GX50 untuk pascabayar. Walaupun ia menawarkan internet tanpa had, kelajuannya disekat pada 3Mbps untuk GX30 dan 5Mbps untuk GX50.

Jika anda merasakan kelajuan ini mencukupi dan lebih mementingkan internet dan panggilan tanpa had, maka semak tawaran terbaru U Mobile untuk pelan GX50 ini. Pada kebiasannya, ia dicaj RM50 sebulan tetapi untuk waktu terhad, anda boleh mendapatkannya pada harga hanya RM40 sebulan.

U Mobile kini menawarkan GX50 dengan rebat RM10 setiap bulan, menjadi RM40 sahaja sebulan apabila anda beralih dari rangkaian lain ke U Mobile GX50. Peralihan rangkaian perlu dibuat di antara 3 Julai sehingga 30 September 2018. Rebat RM10 ini diberikan selama 12 bulan.

Pelan GX50 menawarkan internet tanpa had dengan kelajuan disekat pada 5Mbps, panggilan tanpa had serta 5GB kuota hostpot. Tetapi tiada sekatan kelajuan untuk kuota hotspot ini.

Tidak dilupakan untuk pelan prabayar GX30, ia juga menawarkan rebat RM5 jika pengguna beralih dari rangkaian lain ke U Mobile GX30. Peralihan rangkaian perlu dibuat di antara 3 Julai sehingga 30 September 2018. Rebat RM5 ini diberikan selama 6 bulan bermakna bayar hanya RM25 sahaja untuk 6 bulan.

Pelan GX30 juga menawarkan internet tanpa had, tapi dengan kelajuannya disekat pada 3Mbps. Ia turut disertakan hotspot dengan kuota 3GB tanpa sekatan kelajuan.

Kalau anda perlukan kelajuan tanpa sekatan untuk sementara waktu, anda boleh mendapatkan Turbo Booster pada harga RM5. Ia memberi kelajuan di tahap maksima selama 24 jam.

BACA  Netflix perkenal pelan lebih murah RM17/bulan

Kuota hotspot juga boleh ditambah jika tidak mencukupi. Hotspot Booster ditawarkan pada harga RM3 untuk 3GB data tambahan. Ia boleh digunakan selama 3 hari.

Turbo Booster dan Hotspot Booster boleh dibeli melalui SMS, UMB, dan Aplikasi MyUMobile. Untuk pembelian melalui SMS, hantarkan ON TURBO atau ON HOTSPOT ke 28118.

Jika anda berminat menyertai U Mobile dan mendapatkan rebat ini, boleh berbuat demikian dengan menukar talian anda menerusi laman web U Mobile Switch To U. Maklumat lanjut tentang pelan GX30 dan GX50 pula boleh didapati di laman web U Mobile Giler Unlimited.