Ahli AirAsia BIG Kini Nikmati Lebih Manfaat Semasa Tempah Penerbangan

AirAsia hari ini mengumumkan beberapa benda baru yang bakal dinikmati ahli AirAsia BIG apabila mereka ingin terbang bersama AirAsia.

Ini adalah beberapa perkara yang boleh mereka menjangkakan beberapa perkara seperti:

1. Diskaun RM10 untuk penerbangan pergi-balik,

Promosi ini meliputi semua tiket penerbangan AirAsia termasuklah tiket promosi yang lain. Diskaun RM5 juga boleh dinikmati untuk perjalanan sehala.

Potongan harga akan terus dilakukan pada harga akhir dan anda tak perlu memasukkan apa-apa kod promosi untuk menikmatinya.

2. AirAsia BIG Points kini boleh diguna untuk membayar add-ons,

Jika dulu anda boleh menggunakan BIG Points untuk membayar tiket penerbangan, kali ini anda boleh menggunakan BIG Points untuk membayar perkara seperti elaun bagasi, makanan, dan insurans perjalanan.

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh membayar cukai dan fi lain menggunakakn BIG Points.

3. Pembayaran pantas menggunakan BigClick.

Pembayaran tiket penerbangan kini lebih pantas dengan fungsi BigClick. Jika anda seorang ahli AirAsia BIG, anda boleh amsukkan maklumat kad kredit dan debit untuk memudahkan proses pembayaran.

100 mata BIG Points menanti anda apabila anda menyimpan butiran kad mengugnakan BigClick.

Pendaftaran menjadi ahli AirAsia BIG amatlah mudah dan ia adalah percuma. Layari laman AirAsia untuk mendaftar.

BACA  Masa Itu Emas, Apple Watch Series 4 Khas Untuk Anda Yang Menghargainya