Huawei nova 3 merah ada hadiah percuma lebih RM1,000

Huawei Malaysia telah mempercepatkan tarikh jualan nova 3 ke hari Sabtu ini, 11 Ogos 2018. Huawei turut mengadakan promosi khas di hari pelancaran tersebut, bertempat di Huawei Flagship Store di Pavilion Elite, Kuala Lumpur.

Acara ini akan membawa tema berwarna merah. Untuk pembeli nova 3, jika anda datang dengan pakaian berwarna merah dan mahu membeli nova 3 berwarna merah, anda akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM1,000.

Hadiah percuma tersebut diberikan dalam bentuk Kad Keistimewaan Nova, Band Huawei A2, fonkepala Bluetooth Huawei AM61 dan beberapa lagi hadiah lain. Tetapi stoknya terhad, jadi anda harus cepat datang membeli kalau nak dapatkan hadiah ini.

Telefon pintar Huawei nova 3 dijual di Malaysia pada harga RM1,899. Acara jualanya di Pavilion Elite nanti akan dimeriahkan dengan kehadiran artis seperti Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hafeez Mikail dan Hael Husaini.

Selain di Pavilion Elite, tawaran ini juga boleh didapati di Huawei Experience Stores di:

  • Queensbay Mall, Pulau Pinang
  • Ipoh Parade, Perak
  • AEON Bukit Indah, Johor
  • Kuantan City Mall, Pahang
  • Imago Shopping Mall, Sabah

Tawaran ini juga terdapat di stor SenQ di Queensbay Mall, Ipoh Parade, AEON Bukit Indah dan Imago Shopping Mall.

Warna merah di nova 3 adalah yang pertama dibawakan oleh Huawei, khas untuk pengguna muda remaja yang dinamik dan bertenaga. Malah, nova 3 memiliki banyak persamaan dengan Huawei P20, pada harga yang lebih murah kerana tiada cap Leica di kamera.

Cip pemproses di dalam nova 3 ialah Kirin 970 berkuasa AI. RAM pula sebesar 6GB dan storan dalamannya 128GB. Skrinnya berukuran 6.3-inci, dalam nisbah 19.5:9, resolusi FHD+ dan memiliki takuk di dahi. Kapasiti bateri pula 3,750mAh dan menyokong pengecasan pantas 9V2A.

nova 3 ada empat kamera padanya, tanpa cap Leica seperti Huawei P20. Di belakang ialah gandingan sensor monokrom 24MP F1.8 bersama sensor RGB 16MP F1.8. Di depan pula adalah sensor 24MP F2.0 + 2MP F2.4, mampu merakam gambar potret dengan bokeh yang sangat lazat.

Telefon pintar nova 3 dilancarkan di Malaysia hampir sebulan yang lepas bersama nova 3i. Rupa yang hampir sama kerana penggunaan skrin yang sama besar, tetapi nova 3i memiliki perkakas yang dikurangkan seperti penggunaan cip pemproses Kirin 710, RAM 4GB, storan 128GB dan bateri lebih kecil, 3,410mAh.

nova 3i juga memiliki empat kamera, tetapi spesifikasi berbeza. Di belakang, ia adalah gabungan sensor 16MP+2MP. Di depan pula, 24MP+2MP menandakan ia lebih kepada peminat swafoto. Dengan spesifikasi lebih rendah, nova 3i dijual di Malaysia dengan harga RM1,249 sahaja.

Kepada yang berminat membeli nova 3 merah, jangan lupa memakai pakaian berwarna merah untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai lebih RM1,000 ini. Tandakan jadual anda pada hari Sabtu ini, 11 Ogos 2018 dan pergi ke Stor Huawei atau SenQ yang turut serta.