• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Idham Nawawi peneraju baru Celcom Axiata

  • OLEH Najib
  • 3:50 pm
  • 24/08/2018
  • Komen
Idham Nawawi peneraju baru Celcom Axiata
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom Axiata Berhad (Celcom) akan mengalami perubahan kedudukan tertinggi apabila mengumumkan Mohamad Idham Nawawi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru, berkuatkuasa 1 September 2018 menggantikan Michael Kuehner. Ia merupakan sebahagian dari pelan asal Celcom 2 tahun lepas untuk melantik pegawai dalaman bagi fasa trasformasi seterusnya.

Michael Kuehner akan melengkapkan tempoh kontraknya sebagai CEO pada 31 Ogos 2018. Michael telah mengubah Celcom kepada sebuah organisasi digital dan moden. Beliau memberi tumpuan utama kepada khidmat pelanggan terbaik dan berjaya menaik taraf Celcom di banyak aspek seperti produk dan servis, kualiti rangkaian serta liputan.



Michael Kuehner

Idham kini memegang jawatan Ketua Pegawai Korporat Kumpulan (GCCO), telah bersama Celcom sejak tahun 2012. Beliau pernah menguruskan Program Transfomrasi Pejabat Axiata 2.0 dari tahun 2012 hingga 2015. Kemudian memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk Axiata Digital Services di fasa permulaannya pada tahun 2018.



Sebelum menyertai Celcom Axiata, Idham pernah berkhidmat sebagai COO Packet-One Networks (P1), Ketua Strategi di Axis Telekom Indonesia, Pengurus Besar Maxis Communication Berhad, serta pernah bekerja di IBM Malaysia dan juga Carl Zeis Inc di Amerika Syarikat.

Memulakan kerjaya sebagai jurutera, Idham beroleh Ijazada Kejuruteraan Mekanikal (B.Sc.) dari University of Rochester, New York dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Strathclyde, Glasgow.

Pengerusi Celcom serta Presiden & CEO Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim mewakili Lembaga Pengarah Axiata, menyambut baik kedatangan Idham sebagai CEO Celcom. Beliau juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Michael atas sumbangannya memacu Celcom ke peringkat lebih tinggi.

Tags: celcomCEO CelcomIdham NawawiMichael Kuehner
Najib

Najib

POPULAR

Idham Nawawi peneraju baru Celcom Axiata

Idham Nawawi peneraju baru Celcom Axiata

24 August 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN