• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

vivo V11 akan tiba dengan takuk paling kecil

  • OLEH Najib
  • 11:34 am
  • 24/08/2018
  • Komen
vivo V11 akan tiba dengan takuk paling kecil
Share on FacebookShare on Twitter

Jika OPPO memiliki siri-F untuk telefon pintar pakar swafoto, vivo juga sama menerusi siri V. Pada bulan Mac lepas mereka telah melancarkan vivo V9, khabarnya tidak lama lagi mereka akan membawa vivo V11 ke Malaysia. Dalam masa tidak sampai 6 bulan.

Makluman ini dibuat menerusi Facebook vivo Malaysia. Mereka telah memaparkan banner mengatakan vivo V11 akan tiba tidak lama lagi. Di samping itu, mereka juga berkongsi beberapa petunjuk yang boleh kita terjemahkan kepada spesifikasi vivo V11.



Salah satu petunjuk tersebut memperlihatkan skrin vivo V11 yang bertakuk di atas. Takuk ini sangat kecil dan kelihatan menyamai takuk skrin di OPPO F9 yang baru dilancarkan, dalam bentuk seperti titisan air. Tidak menghairankan jika mereka berkongsi teknologi kerana hubungan rapat antara OPPO dan vivo.

Petunjuk seterusnya yang boleh dilihat adalah penggunaan warna. Beberapa gambar yang dikongsi vivo Malaysia menggunakan warna latar seperti aurora, sama seperti warna Twilight di Huawei P20 Pro dan warna aurora di honor 10. Boleh dijangkakan, vivo V11 akan hadir dengan warna-warni berkilauan seperti ini.



The awesomeness of vivo V11 is soon to be revealed. Stay tuned.

#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #BeAmazed #ComingSoon

Posted by Vivo on Thursday, 23 August 2018

Masih tidak banyak maklumat lain tentang vivo V11. Di India, tarikh pelancaran vivo V11 telah ditetapkan pada 6 September 2018. Laman Gadgets360 mengkhabarkan vivo V11 memiliki skrin 6.41-inci dengan resolusi HD Penuh+, cpu Snapdragon 660, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Baterinya sebesar 3,400mAh dan dilengkapi pengecasan pantas. Kameranya dwi-lensa di belakang, 12MP+5MP. Sebagai pakar swafoto, kamera hadapannya menggunakan sensor 25MP. Malah, ia mungkin akan hadir dengan pengimbas capjari di dalam skrin, sama seperti di vivo X21 dan vivo NEX.

Jika benar khabar di atas, bermakna vivo V11 menerima naiktaraf dalam semua aspek berbanding vivo V9. Tetapi adakah ia boleh mengekalkan harga jualan RM1,399 seperti vivo V9? Terutama sekali dengan pengimbas capjari dalam skrin yang dilihat agak premium. Kita tunggu dan lihat.

Tags: vivovivo Malaysiavivo V11
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
vivo V11 akan tiba dengan takuk paling kecil

vivo V11 akan tiba dengan takuk paling kecil

24 August 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN