Benar telahan kami, jualan kilat ASUS Zenfone 5z diteruskan… Lebih Murah

Mungkin ucapan takziah boleh kami berikan kepada pembeli telefon pintar ASUS Zenfone 5z minggu lepas. Walaupun dikatakan jualan kilat sehari sahaja minggu lepas, minggu ini ASUS Malaysia kembali lagi dengan jualan kilat Zenfone 5z, tetapi dengan lebih diskaun.

Minggu lepas, ASUS Malaysia mengumumkan diskaun RM100 untuk pembelian Zenfone 5z pada jualan kilat hari Selasa. Minggu ini, diskaun tersebut ditambah menjadi RM200. Bermakna, anda boleh mendapatkan Zenfone 5z pada harga RM1,699 sahaja untuk model 6GB RAM dan 128GB storan.

[ASUS BEST PICKS!] ZenFone 5z 6GB + 128GB for RM1,699 only on Lazada! Get it this Tuesday, 28 Aug! 1 Day only!

Shop…

Posted by ASUS on Saturday, 25 August 2018

Sekali lagi, adakah jualan kilat ini tidak akan diulang lagi, ataupun ia akan menjadi tetap pada setiap hari Selasa? Jika berminat untuk membelinya, boleh layari Stor Asus di Lazada.

Jika tidak berapa kenal, ASUS Zenfone 5z adalah telefon pintar yang dikuasakan cip Snapdragon 845 berprestasi tinggi tetapi rendah harga. Skrinnya berukuran 6.2-inci HD Penuh+ dengan takuk di dahi skrin. Ia memiliki bateri 3,300mAh di dalam dan menyokong pengecasan pantas melalui USB-C.

Untuk kamera, ia dilengkapi dwi-lensa kamera belakang 12MP F1.8 + 8MP F2.2 bersudut lebar. Kamera hadapannya pula 8MP F2.0. Untuk harga sebegini, Zenfone 5z dilihat bersaing ketat dengan Mi 8 yang berharga RM1,599 untuk storan 64GB dan RM1,899 bagi storan 128GB.

Satu kelebihan besar yang terdapat pada ASUS Zenfone 5z berbanding Mi 8, adalah port audio 3.5mm yang tiada di Mi 8. Selain itu, Mi 8 juga tiada slot kad mikroSD menjadikan Zenfone 5z dilihat lebih baik.

BACA  Lenovo Z5s dan S5 Pro, Dua Telefon Dengan Spesifikasi Kompetetif Daripada Lenovo

Ingat, diskaun RM200 untuk ASUS Zenfone 5z ini hanya boleh didapati pada hari Selasa, 28 Ogos 2018 sahaja. Ia hanya terdapat di Stor ASUS di Lazada. Jangan tersilap tempat dan masa.