• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Contra kembali dengan rupa klasik dan lebih banyak mod permainan

  • OLEH Najib
  • 3:45 pm
  • 29/08/2018
  • Komen
Contra kembali dengan rupa klasik dan lebih banyak mod permainan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda lahir sekitar 80-an, pasti anda amat mengenali Contra, sebuah permainan tembak menembak ala-Rambo yang sangat popular suatu masa dahulu. Kini ia kembali dalam bentuk permainan mudah alih di telefon pintar, dihasilkan oleh Tencent Timi Studios dan Konami.

Di Malaysia, Contra Return dibawakan oleh Garena, sebuah platform hiburan digital di bawah Sea Group. Permainan ini adalah percuma untuk dimainkan dan untuk pengguna di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina, akan ditempatkan di dalam server SEA.



Mereka kini menjalankan kempen pendaftaran awal sebelum ia dilancarkan, dari 29 Ogos sehingga 19 September 2018.

Bagi menarik lebih banyak pendaftaran awal, pelbagai hadiah disediakan mengikut bilangan pendaftar, semuanya barang dalam permainan berupa berlian, emas dan bonus lain.



Nampak serupa tapi berbeza. Contra Returns mengekalkan beberapa ciri-ciri ikon di dalam Contra lama, dalam pelbagai aspek serba baharu untuk dimainkan. Paling utama adalah dua karakter utama permainan dalam corak permainan 3D klasik masih dikekalkan tetapi boleh dimainkan dalam grafik yang dikemaskini serta jalan cerita baharu.

Terdapat mekanik permainan, karakter, senjata dan haiwan peliharaan yang baru diperkenalkan di dalam Contra Return. Jalan cerita baharu dalam bentuk RPG turut diperkenalkan. Lebih banyak perkara baru akan dimuatkan ke dalam games menerusi patch dari masa ke semasa.

Perkara yang pasti sangat disukai ramai adalah mod pemain lawan pemain atau PvP. Contra Return memiliki mod pelbagai pemain atau multiplayer yang membolehkan rakan-rakan mencabar satu sama lain. Terdapat pilihan 1v1, 2v2 dan 3v3.

Lebih dari 20 karakter boleh dipilih dalam mod PvP, setiap satunya memiliki ciri-ciri aktif, pasif dan gerakan muktamad unik tersendiri. Pemain juga boleh mengumpul EXP dan bonus menerusi raksasa dan barangan yang terdapat di dalam arena, membolehkan pelbagai strategi dan gaya permainan berbeza dalam setiap perlawanan.

Contra Return dilancarkan oleh Tencent di China pada tahun 2017 dan Taiwan pada awal bulan ini. Jika anda berminat, jangan lupa untuk membuat pra pendaftaran untuk menerima hadiah percuma di laman web ini: https://contra.garena.com/pre-reg/en

Contra: Return – Official Trailer 1

Relive a classic from a new perspective.
Pre-Register for Contra: Return now for extra rewards >> https://contra.garena.com/pre-reg/en
#ContraReturnSAM

Posted by Garena Contra: Return SAM on Wednesday, 29 August 2018

Tags: ContraContra ReturngarenaKonamitencent
Najib

Najib

POPULAR

Contra kembali dengan rupa klasik dan lebih banyak mod permainan

Contra kembali dengan rupa klasik dan lebih banyak mod permainan

29 August 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER