• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tambah nilai prabayar dikenakan cukai SST 6% jelas Xpax

  • OLEH Najib
  • 5:26 am
  • 31/08/2018
  • Komen
Melancong ke luar negara hanya RM1 bersama Xpax
Share on FacebookShare on Twitter

1 September bermulalah episod baru untuk cukai jualan dan servis di Malaysia, atau nama popularnya SST. Senarai produk dan servis yang dikenakan cukai SST telah dikeluarkan beberapa hari sebelum ini, tetapi tiada makluman tentang tambah nilai dan servis prabayar.

Tetapi seorang pembaca telah berkongsi dengan kami tentang cukai SST untuk prabayar, oleh Xpax.



Di ruangan Terma dan Syarat (T&C) tambah nilai Xpax, mereka telah menjelaskan tentang kedudukan SST untuk prabayar. Pengguna tidak lagi menerima kredit tambah nilai yang sama dengan pembelian, kerana ditolak 6% untuk cukai SST.

Ya, tambah nilai prabayar dikenakan cukai SST sebanyak 6%.



Dalam contoh yang diberikan Xpax, tambah nilai RM5 memberikan pengguna hanya RM4.72 kredit. Manakala pembelian RM30 akan menerima kredit RM28.30 sahaja.

Bagaimanapun, di ruangan FAQ pula, Xpax memberikan semula kepada penguna 6% kredit yang dicukaikan, dalam bentuk kredit panggilan. Kalau tambah nilai RM5, akan terima kredit panggilan sebanyak RM0.28. Tambah nilai RM30 pula menerima kredit panggilan RM1.70.

Tetapi kredit panggilan ini hanya sah digunakan dalam masa 24 jam selepas tambah nilai, dan sesama rangkaian Celcom sahaja. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2018 dan untuk rakyat Malaysia sahaja.

Adakah perkara ini telah dimuktamadkan oleh kerajaan bersama telko? Ini kerana ketika GST pertama kali diperkenalkan, perkara yang sama berlaku di mana pengguna tidak menerima kredit yang sama dengan nilai belian. Selepas berbolak-balik, akhirnya telko akur untuk menyerap cukai GST 6%.

Jika benar apa yang dimaklumkan Celcom ini, bermakna telko tidak mahu lagi menyerap cukai SST dan mengenakannya terus kepada pengguna. Adakah kerajaan tidak berbincang dengan telko tentang perkara ini? Atau kerajaan telah sedia maklum dan menerima apa yang telko mahukan?

Tambahan lagi, mengapa 6% dan bukan 5%?

Terima kasih Nizar atas tip yang diberikan.

Tags: celcomCukai SSTprabayarSSTSST Prabayarxpax
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Melancong ke luar negara hanya RM1 bersama Xpax

Tambah nilai prabayar dikenakan cukai SST 6% jelas Xpax

31 August 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER