Jam Tangan Pertama Dengan Wear OS Dihasilkan Casio

Geng pendaki dan peminat aktiviti lasak pastinya mengetahui akan barisan produk PRO TREK daripada Casio ini. Android Wear pertama dalam PRO TREK, WSD-F10 diperkenalkan awal 2016 yang lalu dan digantikan oleh F20 setahun kemudian. Kini F30 hadir dengan beberapa penambahbaikan dan ia menjalankan Wear OS, sistem operasi untuk peranti boleh pakai yang telah dijenamakan semula daripada Android Wear oleh Google.

Menjadi Android Wear paling utuh, PRO TREK WSD-F30 masih mengekalkan piawaian tentera MIL-STD-810G.

Perubahan paling ketara berbanding edisi sebelumnya adalah fizikaliti yang lebih kecil. Ia 3.9mm lebih kecil dan 0.4mm lebih nipis untuk menjadikannya tidak terlalu menonjol pada pergelangan tangan.

Tiada maklumat terperinci tentang spesifikasi jam tangan ini seperti apakah jenis CPU yang digunakannya, berapa kapasiti bateri dan sebagainya. Tapi, beberapa maklumat penting yang dikongsikan pihak Casio tentang jam tangan ini adalah seperti:

  • Extend Mode membolehkan penjejakan GPS dilakukan sehingga 3 hari lamanya
  • Untuk kegunaan biasa, ia boleh bertahan sehingga 1.5 hari lamanya
  • Sekiranya paparan monokrom sahaja digunakan, masa guna dipanjangkan sehingga 1 bulan lamanya
  • Paparan dwilapisan monokrom dan warna yang diperbaharui memaparkan imej lebih tajam dan jimat tenaga

PRO TREK WSD-F30 akan mula dijual bermula Januari 2019 ini pada harga USD 550 (RM 2,271).

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  CONNECTme perkenal pelan tanpa had dengan liputan di seluruh negara