• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

vivo v11 peranti dengan pengimbas dalam skrin termurah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:44 pm
  • 12/09/2018
  • Komen
vivo v11 peranti dengan pengimbas dalam skrin termurah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Belum sempat dibuat majlis pelancarannya, telefon pintar terbaru dari vivo nampaknya boleh mula ditempah hari ini. Lazada Malaysia telah mula mempromosikan tempahan awal vivo v11 dan v11i, dikatakan eksklusif di platform mereka hari ini.

Lebih menarik lagi, semua spesifikasi dan harga berkenaan peranti baru ini turut dibentangkan sepenuhnya tanpa berselindung.



vivo v11i adalah versi lebih rendah, dijual di Malaysia pada harga RM1,299. Ia dikira naiktaraf dari vivo v9 dengan pembaharuan seeprti CPU Mediatek Helio P60, 4GB RAM, 128GB storan dalaman, serta skrin bertakuk titisan air berukuran 6.30-inci.

Kamera di vivo v11i menggunakan gabungan dwi kamera belakang, 16MP+5MP manakala kamera hadapannya 25MP. Bateri pula agak biasa, berkapasiti 3,315mAh sahaja. Ia memiliki pengimbas capjari di belakang.



Tempahan awal vivo v11i di Lazada akan menerima hadiah percuma berupa kotak hadiah bernilai RM199 bersama kad tebusan Digi untuk 60GB data. Malah, pembeli juga boleh menerima diskaun RM50 dengan menggunakan kod VIVO50.

vivo v11 pula adalah peranti yang lebih berkuasa, dijual pada harga RM1,699 di Malaysia. Kelebihannya dapat dilihat dengan penggunaan CPU Snapdragon 660 yang lebih berkuasa, RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya berukuran 6.40-inci dengan takuk yang sangat kecil.

Fungsi terbaik di vivo v11 boleh dikatakan pengimbas capjari di atas skrin. Ia boleh dikatakan peranti paling murah memiliki fungsi ini, selepas vivo X21, vivo NEX dan Huawei Mate RS Porsche Design, ketiga-tiganya berharga lebih RM2,000.

Dwi kamera belakang di vivo v11 adalah gandingan lensa 12MP F1.8 + 5MP F2.4, manakala kamera hadapannya 25MP F2.0. Bateri pula sedikit lebih besar, berkapasiti 3,400mAh.

Dua pilihan warna disediakan untuk vivo v11 dalam corak gradien iaitu Nebula dan Starry Night. Hadiah percuma untuk tempahan awal juga sama, iaitu kotak hadiah bernilai RM199 dan gunakan kod diskaun VIVO50 semasa tempahan untuk membeli pada harga RM50 lebih murah.

Mereka yang membuat tempahan awal vivo v11i akan mula dihantar pada 21 September 2018, manakala tempahan awal vivo v11 pula akan dihantar seawal 15 September 2018. Untuk yang berminat, segera ke Stor vivo di LazMall dan jangan lupa gunakan kod VIVO50 untuk diskaun RM50.

Tags: vivovivo Malaysiavivo V11vivo V11 Malaysiavivo V11ivivo V11i Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
vivo v11 peranti dengan pengimbas dalam skrin termurah di Malaysia

vivo v11 peranti dengan pengimbas dalam skrin termurah di Malaysia

12 September 2018
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER