• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS turunkan harga dua model Zenfone Max menjadi serendah RM399

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 19/09/2018
  • Komen
ASUS ZenFone Max Plus Adalah Yang Termurah Dalam Kelasnya
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini ASUS Malaysia mengumumkan penurunan harga untuk dua model telefon pintar mereka yang dilancarkan tahun lepas, ASUS Zenfone Max Plus M1 (ZB570TL) dan ASUS Zenfone 4 Max (ZC520KL). Ia adalah peranti dalam kelas permulaan yang memiliki bateri yang sangat besar.

Zenfone Max Plus M1 diturunkan harga sebanyak RM150, dari RM649 kini menjadi RM499. Manakala Zenfone 4 Max pula menerima potongan RM100, menjadikan harganya dari RM499 kepada RM399 sahaja.



Siri Max pada telefon pintar ASUS Zenfone menandakan ia memiliki saiz bateri yang besar. Bagi Zenfone Max Plus M1, kapasiti baterinya sebesar 4,130mAh. Ia dipadankan dengan cip pemorses Mediatek MT6750T bersama 4GB RAM dan storan dalaman 32GB. Peranti ini memiliki tiga slot kad berasingan, dua untuk sim dan satu lagi mikroSD.

Paparan yang dimilikinya agak besar, menggunakan panel 18:9 seluas 5.7-inci dengan resolusi HD+ (1440 × 720). Di belakang, ia dilengkapi dwi-kamera 16MP+8MP dengan keupayaan 2x zum optikal. Kamera hadapannya pula 16MP F2.0 dan memiliki mod kecantikan untuk swafoto yang menawan.



Bateri pada Zenfone 4 Max juga tidak kurang hebatnya, dengan kapasiti sebanyak 4,100mAh. Tenaganya dihasilkan oleh cip Snapdragon 425 dan dibantu dengan 3GB RAM bersama 32GB storan dalaman. Ia turut memiliki tiga slot yang boleh memuatkan dua kad sim dan satu kad mikroSD serentak.

Skrin Zenfone 4 Max sedikit kecil, berukuran 5.2-inci dalam nisbah 16:9 dan resolusi HD 1280×720. Untuk kamera belakang, ia menggunakan dwi-lensa 13MP+13MP yang berfungsi seperti 2x zum optikal. Kamera hadapan pula 8MP dengan sudut lebar 85-darjah, disertakan LED Flash bercahaya lembut bagi swafoto lebih cerah.

Dengan harga RM399, Zenfone 4 Max dilihat sebagai pilihan yang lebih baik dari Redmi 6A, honor 7s malah ASUS Zenfone Live L1 sendiri kerana memiliki dwi-kamera belakang, pengimbas capjari, serta saiz bateri dan storan yang lebih besar. Tetapi Zenfone 4 Max ketinggalan dari segi sistem operasi dan skrin yang lebih kecil.

Untuk mengenali peranti ini dengan lebih lanjut, boleh layari laman produk ASUS Zenfone Max Plus M1 dan ASUS Zenfone 4 Max.

Tags: asusasus malaysiaasus zenfone 4 maxASUS ZenFone Max Plus M1Telefon MurahZenFone 4 MaxZenfone Max Plus M1
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
ASUS ZenFone Max Plus Adalah Yang Termurah Dalam Kelasnya

ASUS turunkan harga dua model Zenfone Max menjadi serendah RM399

19 September 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER