• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Badan Huawei Mate 20 mungkin sebuah pengecas wayarles

  • OLEH Najib
  • 8:15 pm
  • 21/09/2018
  • Komen
Badan Huawei Mate 20 mungkin sebuah pengecas wayarles
Share on FacebookShare on Twitter

Kita telah sedia maklum akan pelancaran Huawei Mate 20 yang akan berlangsung pada bulan Oktober depan. Ia adalah peranti pertama menggunakan cip pemproses Kirin 980 terbaru dari Huawei.

Pengecasan wayarles adalah satu fungsi premium pada telefon pintar. Setakat ini, pengecasan wayarles hanya berlaku dalam satu arah, bermakna mengecas telefon pintar sahaja. Tetapi mungkin Huawei akan menjadi yang pertama menghasilkan pengecasan wayrles dua hala, pad aMate 20.



Dalam satu laporan oleh Roland Quandt, beliau memaklumkan Huawei akan memperkenalkan fon kepala wayarles baru, dikenali sebagai Huawei Freebuds 2 Pro bersama-sama Huawei Mate 20 nanti. Ia menggunakan teknologi Bluetooth 5.0 dan kelihatan sangat mirip dengan Apple Airpod, terutama penggunaan kotak penyimpan berwarna putih.

Kotak penyimpanan ini dikatakan boleh dicas secara wayarles, sama ada menggunakan pengecas wayarles, atau pun meletakkannya di atas badan Huawei Mate 20, seperti di gambar di atas.



Pastinya pengecasan wayarles ini alternatif kerana ia juga boleh dicas melalui port USB-C. Menurut Roland, ia mengambil masa 2 jam untuk mengecas penuh fon kepala dan kotak penyimpan menggunakan kabel, dan 3 jam secara wayarles. Ini pastinya fungsi yang menarik untuk dimiliki.

Roland juga menyatakan, Freebuds 2 Pro menyokong audio Hi-Res dengan bitrate sehingga 560Kbps. Mengecas penuhnya membolehkan ia digunakan sehingga 20 jam. Harga jualannya dianggarkan sekitar EUR150-160 (~RM730-770).

Jangan lupa, Huawei Mate 20 akan dilancarkan di kota London, pada 16 Oktober 2018. Dijangka ia akan mula dijual di Malaysia tidak lama kemudian, kurang sebulan dari tarikh pelancaran.

[Sumber: WinFuture]

Tags: Freebuds 2 ProHuaweiHuawei Freebuds 2 ProHuawei Mate 20Huawei Mate 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Badan Huawei Mate 20 mungkin sebuah pengecas wayarles

Badan Huawei Mate 20 mungkin sebuah pengecas wayarles

21 September 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN