• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada hadiah buat semua tempahan awal Sony WH-1000XM3

  • OLEH Najib
  • 11:30 am
  • 03/10/2018
  • Komen
Ada hadiah buat semua tempahan awal Sony WH-1000XM3
Share on FacebookShare on Twitter

Sebulan yang lalu di Berlin, Sony memperkenalkan generasi ketiga fon kepala anti hingar mereka yang sangat popular, WH-1000XM3. Kini ia akan tiba di Malaysia, apabila Sony Malaysia mula membuka tempahan untuknya.

Fon kepala Sony WH-1000XM3 akan dijual di Malaysia dengan harga RM1,599. Tempahan awal fon kepala ini boleh dibuat bermula dari 1-14 Oktober 2018 di Stor Online Sony Malaysia. Semua tempahan yang dibuat dalam tempoh ini akan menerima sebuah pembesar suara Bluetooth SRS-XB21 bernilai RM429 secara percuma.



Fon kepala generasi ketiga ini masih mengekalkan penggunaan pemacu bunyi daripada jenis neodymium sebesar 40mm serta tempoh penggunaan sehingga 30 jam dengan sekali cas penuh bateri. Tetapi kini ia boleh dicas pantas melalui port USB-C. 10 minit cas boleh digunakan sehingga 5 jam lamanya.

Pada bahagian ANC, ia menyaring hingar dengan lebih baik menggunakan konfigurasi mikrofon yang baru. Sebanyak 3 mini mikrofon hadir disekeliling salah satu earcup-nya untuk mengesan hingar.



Lebih menarik, kini tugasan menyaring hingar dikendalikan oleh pemproses khas QN1 dan tidak lagi menumpang cip pemproses bunyi.

Walaupun semua bunyi tidak lagi kedengaran, tetapan Ambient Sound Control boleh membenarkan bunyi yang penting untuk didengari, seperti pengumuman ketibaan keretapi. Atau tekapkan tangan di cuping telinga tanpa membuka fon kepala, untuk mendegar bunyi persekitaran atau bercakap dengan seseorang.

Cara penggunaannya masih kekal sama seperti dahulu. Ia mempunyai pad sentuhan di sisi untuk kawalan menguatkan atau memperlahankan, mematikan atau memainkan muzik serta menjawab panggilan. Ia juga mempunyai sambungan kabel jika mahu menjimatkan bateri, dan case pelindung bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana.

Jika anda berminat untuk memiliki fon kepala Sony WH-1000XM3, buat tempahan sekarang di Stor Online Sony Malaysia untuk menerima pembesar suara Bluetooh SRS-XB21 secara percuma. Ingat, tempahan awal ini ditutup pada 14 Oktober 2018.

Tags: SonySony MalaysiaSony WH-1000XM3Sony WH-1000XM3 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Ada hadiah buat semua tempahan awal Sony WH-1000XM3

Ada hadiah buat semua tempahan awal Sony WH-1000XM3

3 October 2018
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN