Ini Mungkin Sebabnya Mengapa Apple Adalah Syarikat Terkaya Di Atas Muka Bumi

Semua sedia maklum yang Apple adalah syarikat terkaya di duna dengan nilaian pasaran sekurang-kurangnya 926.9 billion USD (RM 3.85 trillion). Jika Apple adalah sebuah negara, ia memiliki kekayaan seperti Malaysia tetapi bezanya Apple hanyalah sebuah syarikat.

Menggalas imej sebagai teraju dalam dunia inovasi, Apple hadir dengan pelbagai produk premium seperti iPhone dan Mac yang terbukti memberikan pengalaman teknologi yang mantap. Sekurang-kurangnya itulah sisi yang Apple ingin ketengahkan kepada pengguna.

Namun, satu dokumentari terbaru yang diterbitkan CBC News, mereka mengembara pada bahagian “gelap” Apple iaitu Bahagian yang berkaitan baik pulih dan selenggara.

Hos dokumentari tersebut membawa sebuah Macbook Pro ke Genius Bar untuk di baik pulih dan sebut harga yang diberikan oleh petugas Genius Bar adalah sekurang-kurangnya USD 1,200 (RM4,987).

Kemudian, beliau membawa laptop yang sama ke sebuah kedai pihak ketiga dan laptopnya dibaiki tanpa sebarang bayaran.

MacBook Pro dengan paparan tidak menyala

Rupa-rupanya, maslaah laptop itu berpunca daripada satu pin yang bengkok dan seterusnya menyebabkan “backlight” paparan tidak menyala.

Pin penyambung yang bengkok

Tiada sebarang caj dikenakan sepanjang proses itu

Untuk rujukan. MacBook Pro yang paling murah adalah RM5,932 dan adakah masuk akal jika harga membaiki masalah itu melebihi 80% daripada harga membeli komputer baru?!

Di Amerika Syarikat, memang terdapat pihak yang cuba untuk melawan amalan yang dianggap mereka sebagai pemangsa. Terdapat satu gerakan yang bergelar “Right to Repair“. Malahan, mereka sedang merangka undang-undang yang menghalang pengeluar produk pengguna sengaja meletakkan halangan supaya pengguna tidak boleh membaiki produk yang memang sudah menjadi milik mereka.

Sukarelawan Right to Repair memberi penerangan kepada ahli politik tentang amalan “pemangsa” sesetengah pihak

Adakah anda berpendapat yang pengguna seharusnya dibenarkan melakukan selenggara keatas barangan milik mereka?

BACA  iPhone XR adalah jualan telefon terbaik sejak ia dilancarkan