• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 3 kekal dengan prinsip satu kamera belakang

  • OLEH Najib
  • 6:19 pm
  • 10/10/2018
  • Komen
Google Pixel 3 kekal dengan prinsip satu kamera belakang
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu telefon pintar berkuasa tinggi yang sering disebut ramai adalah Pixel yang dihasilkan sendiri oleh Google. Hari ini Google melancarkan dua model telefon pintar Pixel generasi ke 3, Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Google nampaknya akur dengan kehendak orang ramai untuk memiliki skrin yang lebih luas dengan bingkai yang nipis. Kerana itu telefon baru ini memiliki takuk, yang sangat tebal. Tetapi hanya di Pixel 3 XL. Dengan Pixel 3, Google tidak mengenakan takuk padanya. Agak menghairankan. Bingkai di bawahnya masih sangat tebal.



Pixel 3 (kiri) dan Pixel 3 XL (kanan)

Skrin Pixel kini berukuran 5.5-inci HD Penuh+ dalam nisbah 18:9, manakala Pixel 3 XL pula memiliki skrin 6.3-inci QuadHD+ dalam nisbah 18.5:9. Tambahan 0.5 tu nampaknya untuk mengisi takuk yang sangat tebal. Kedua-duanya menggunakan paparan OLED dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5.



Google ingin menyatakan kehebatan mereka dalam sudut perisian apabila kekal menggunakan lensa tunggal untuk kamera belakang telefon pintar yang hebat ini. Pixel 3 dan Pixel 3 XL kedua-duanya dilengkapi kamera 12.2MP F1.8 di belakang, dengan autofokus dwi-iksel (DPAF), penstabil imej optikal dan elektronik (OIS+EIS), serta saiz piksel sebesar 1.4-mikron.

Untuk memperlihatkan kehebatan pemprosesan imej di telefon ini, Google memperkenalkan beberapa fungsi kamera khas untuk Pixel:

Top Shot – Memilih gambar yang terbaik apabila ditangkap, bukan semasa mata berkelip atau gambar kabur. Sama seperti Flaw Detection di Samsung Galaxy Note9.

Super Res Zoom – Hasil perkiraan algoritma oleh Google AI, ia menjadikan gambar yang dizum secara digital, tajam dan jelas seperti zum optikal.

Photobooth – Menangkap gambar secara automatik apabila anda tersenyum atau membuat muka pelik, seperti menjelir lidah.

Tetapi berbeza pula dengan kamera hadapan. Google menggunakan dua lensa, 8MP F1.8 bersudut 75-darjah dan 8MP F2.2 bersudut lebih lebar 97-darjah. Ia membolehkan lebih ramai orang dimuatkan di dalam gambar swafoto. Kenapa tidak boleh kamera yang sama di hadapan???

Google menggunakan cip terbaik, Snapdragon 845 untuk kedua-dua Pixel 3. Tetapi hanya 4GB untuk RAM dipasang. Ia dikatakan perisian Google dapat memastikan pengurusan RAM yang sangat cekap, jadi tidak perlu RAM yang besar.

Storannya pula disediakan antara 64GB atau 128GB sahaja. Ia kelihatan agak ketinggalan berbanding pengeluar lain yang mula memberi 128GB storan sebagai model asas peranti flagship mereka. Tetapi Google menyediakan storan tanpa had bagi menyimpan gambar dan video beresolusi asal di Google Photos bagi semua pengguna Pixel. Mungkin ini alasan Google.

Bateri di Pixel 3 berkapasiti 2,915mAh manakala Pixel 3 XL pula 3,430mAh. Ia datang bersama pengecasan pantas USB-C 18W dan kini ia menyokong pengecasan wayarles berstandard Qi. Google turut mengumumkan pengecas wayarles mereka, Pixel Stand.

Pixel 3 mengekalkan fungsi Active Edge, iaitu menggenggam sisi telefon untuk melancarkan arahan. Pengimbas capjari pula dipasang di belakang telefon. Pembesar suara stereo terdapat padanya menerusi ruang di bawah dan atas skrin.

Kemasan glossy dan matte di belakang dikekalkan, menjadi identiti Pixel. Pixel 3 dan Pixel 3 ditawarkan dalam 3 warna: Clearly White, Just Black dan Not Pink. Ia akan dijual di Amerika Syarikat bermula pada 18 Oktober 2018, diikuti beberapa negara lain pada harga:

  • Google Pixel 3 64GB – USD799 (~RM3,319)
  • Google Pixel 3 128GB – USD899 (~RM3,734)
  • Google Pixel 3 XL 64GB – USD899 (~RM3,734)
  • Google Pixel 3 XL 128GB – USD999 (~RM4,150)

Di Singapura, Google telah mula membuka tempahan dengan jangkaan penghantaran di antara 3-4 minggu. Harganya pula ialah:

  • Google Pixel 3 64GB – SGD1,249 (~RM3,751)
  • Google Pixel 3 128GB – SGD1,399 (~RM4,201)
  • Google Pixel 3 XL 64GB – SGD1,399 (~RM4,201)
  • Google Pixel 3 XL 128GB – SGD1,549 (~RM4,652)

Disebabkan Malaysia masih tiada Stor Google, maka penjualan rasmi Google Pixel 3 juga tiada. Kalau mahu dekat, boleh beli di Singapura. Kalau mahu cepat boleh pergi Amerika Syarikat. Tetapi pastinya nanti ada penjual yang membawa masuk set import. Cuma harganya akan melambung kerana ketiadaan set rasmi Malaysia.

Adakah anda akan mendapatkan Google Pixel 3 tanpa takuk atau Pixel 3 XL dengan takuk? Sebenarnya, berbaloi ke membeli Pixel 3 ini memandangkan harganya jauh lebih mahal dari Samsung Galaxy Note9 atau Huawei P20 Pro?

https://youtu.be/vKSA_idPZkc

Tags: GoogleGoogle Pixel 3Google Pixel 3 XLPixel 3Pixel 3 XL
Najib

Najib

POPULAR

Google Pixel 3 kekal dengan prinsip satu kamera belakang

Google Pixel 3 kekal dengan prinsip satu kamera belakang

10 October 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN