• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei mula sebar petunjuk tentang Mate 20 bersama selebriti Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:33 pm
  • 10/10/2018
  • Komen
Huawei mula sebar petunjuk tentang Mate 20 bersama selebriti Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei akan melancarkan Mate 20 dalam masa seminggu lagi. Pelbagai info tidak rasmi telah tersebar tetapi kini Huawei sendiri berkongsi video yang memperlihatkan beberapa petunjuk tentang telefon terbaru mereka.

Dari video 30 saat yang dikongsikan di bawah, beberapa perkara yang boleh kita huraikan seperti lensa kamera lebih lebar (See The Bigger Picture), zum lebih jauh (See The Bigger Picture), ubahsuai video lebih mudah (Control Your Color), serta pengecasan lebih pantas dengan bateri lebih tahan lama (Ultra-Fast Charging, Longer-Lasting Battery Life).



https://youtu.be/UvxuFCzEHHY

Kuasa AI dalam cip pemproses terbaru mereka, Kirin 980 boleh mengenal pasti makanan dan seterusnya memberitahu kalori yang terdapat padanya. Jika kamera ini dihalakan ke bangunan, ia juga boleh mengenalpasti nama bangunan tersebut. Lebih kurang sama seperti Google Lens.



Kita telah mengetahui tentang tiga kamera Leica di belakang Huawei Mate 20 Pro akan memiliki julat zum lebih lebar, 16-80mm memberikannya kebolehan ibarat 5x zum optikal. Ia juga memiliki fungsi yang terdapat di Galaxy S9+ dan Galaxy Note9, iaitu 2 apertur F1.8 dan F2.4 pada satu lensa.

Selebihnya, kita kena tunggu lagi pendedahan rasmi Huawei atau pun pada majlis pelancarannya pada 16 Oktober 2018, yang akan diadakan di London.

Di samping itu, kita boleh lihat Huawei Malaysia telah memulakan kempen di sini apabila mula memaparkan iklan yang melibatkan selebriti tempatan. Di antaranya ialah chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob dan juga pelakon Fouziah Gous. Ini mungkin tanda Huawei Mate 20 akan tiba secepat mungkin di Malaysia. Pastinya dalam gelombang pertama jualan.

https://youtu.be/CiXdk9AGsVo

https://youtu.be/-Cv6AlaM2WI

Tags: HuaweiHuawei Mate 20Huawei Mate 20 Promate 20
Najib

Najib

POPULAR

Huawei mula sebar petunjuk tentang Mate 20 bersama selebriti Malaysia

Huawei mula sebar petunjuk tentang Mate 20 bersama selebriti Malaysia

10 October 2018
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN