3 Penambahbaikan Pada Google Pixel 3 Yang Anda Perlu Tahu

Pixel 3 dan Pixel 3 XL baru saja diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia dan ia adalah telefon paling canggih Google pernah hasilkan. Sudah tentu pelbagai naik taraf berbanding sebelumnya dilakukan pada telefon ini. Tapi ini adalah tiga daripadanya yang pastinya menarik minat anda.

1. Kamera tercanggih dunia kini lebih canggih

Sehingga kini, hanya Google Pixel saja yang masih utuh dengna prinsip ekakamera untuk penembak belakangnya. Sungguhpun begitu, ia masih mampu menggalas ciri-ciri yang dimiiliki telefon yang ada lebih daripada satu kamera belakang. Buktinya, ahli Pixel masih berada dalam kalangan 10 kamera terbaik dalam carta DxOMark.

Untuk Pixel 3, mereka memperkenalkan sejumlah fungsi baru pada perisian kameranya yang pastinya menyumbang pada keintituifan kamera Pixel 3. Tiga fungsi baru yang dimaksundkan adalah:

a. Top Shot

Tiada lagi istilah tunafoto pada Top Shot kerana sebelum menekan butang pengatup, telefon sudahpun merakam sejumlah gambar. Sesudah menekan shutter, telefon akan menghidangkan gambar-gambar yang ada untuk dipilih pengguna.

Bunyinya seperti implementasi ini sudahpun ada pada telefon-telefon lama. Tapi mereka memanfaatkan AI mereka untuk memilih, secara automatik, gambar yang terbaik bagi pihak pengguna.

b. Super Res Zoom

Menggunakan konfigurasi ekakamera, tiada sebarang zum optikal hadir pada Pixel 3. Sebaliknya ia bergantunga pada zum digital untuk mencapai kesan yang serupa.

Sekali lagi AI menjadi penyelamat buat Pixel 3. Apa yang dilakukan kamera adalah ia akan menangkap sejumlah gambar selanjar. Kemudian, ia akan menggunakan algoritma pengkomputeran yang kompleks untuk menggabungkan semua gamabr tadi menjadi gambar beresolusi tinggi.

Zum digital tanpa hilang kualiti

Teknologi yang serupa turut digunakan NASA untuk memetakan permukaan planet Marikh. Bezanya adalah teknologi yang serupa kini ada dalam poket anda.

BACA  Night Mode vs Night Sight: Bolehkah Pixel 3 XL Tandingi Mate 20 Pro?

c. Night Sight

Google berani menyatakan yang kamera Pixel 3 adalah yang terbaik untuk situasi malam. Agaknya mereka terlupa pada mode malam P20 Pro. Dalam keadaan malap yang ekstrim ia mampu memberikan hasil gambar yang jauh lebih baik berbanding iPhone XS.

Caranya adalah, walaupun gambar yang diambil amat gelap, AI akan cuba mengisi bahagian yang gelap dengan warna yang dirasakan sesuai. Kaedah ini berbeza dengan HDR kerana HDR melapiskan gambar-gambar yang berlainan exposure sebelum mencari nilai purata untuk setiap piksel.

d. Group Selfie Cam

Telefon Pixel untuk 2018 ini memecahkan tradisi ekakamera apabila menyertakan kamera depan sekunder yang memiliki sudut pandang luas.

Sudut pandang kamera 1

Sudut pandang kamera 2

Menurut Google ia memiliki sudut pandang 184% lebih luas berbanding iPhone XS.

e. Playground

Fungsi ini telah dicuba pada APP Motion Stills hasilan makmal Google tetapiu kali ini ia telah disuntik masuk ke APP kamera Pixel. Playground bakal memberikan gambar yang sarat dengan cerita.

Dengan kerjasama antara Google dengan Marvel, video selfie anda kini boleh ditemani Ironman ataupuh Hulk, atara karakter Marvel yang hadir.

f. Google Lens

Google Lens turut diperknalkan pada kamera Pixel. Seperti google Lens pada APP Photos, kamera telefon akan diguna untuk mengenal pasti imej yang sedang dilihatnya.

Misalnya, apabila anda menghalakan lensa kepada menu makanan, sistem akan mengenal pasti nombor telefon ataupun alamat dan anda boleh melakukan tempahan meja ataupun navigasi terus ke lokasi tempat makan anda. Halakan saja pada objek yang ingin anda beli dan Google juga akan mengal pasti kedai mana ada menjualnya.

2. Tiada Lagi Panggilan “Hangit” Dengan Call Screen

Ini adalah satu sistem genius pada telefon baru Pixel. Ia adalah fungsi yang boleh melindungi anda daripada menjadi mangsa penipuan. Caranya berfungsi adalah Google Assistant akan menjawab panggilan yang anda rasakan ada “ada udang disebalik batu” dan ia akan bertanyakan siapa si pemanggil dan apa tujuannya memanggil.

BACA  Menangi Edisi Terhad Honor Play Player Edition RED x AUDI dari kami

Panggilan itu akan ditranskripkan secara masa nyata. Maka anda boleh membaca apa yan dituturkan oleh si pemanggil dan mengambil keputusan untuk memanggil semula ataupun tidak.

3. Kehadiran Cip Titan Security

Cip keselamatan fizikal ini adalah langkah saujana Google dalam melindungi data penggunanya daripada digodam. Tiada lagi log masuk menggunakan SMS, e-mail, dan sebagainya. Sebaliknya sebarang log masuk akaun dilakukan menggunakan kekunci fizikal yang dipateri pada papan utama telefon.

Jika anda rasakan 2 factor authentication (2FA) cukup selamat, Titan Security adalah dua kali ganda lebih selamat daripada 2FA.

Bila boleh beli Pixel 3?

Pixel 3 hadir dalam tiga warna iaitu Clearly White, Just Black, dan Not Pink. Kedua-dua 3 dan 3 XL akan mula dijual di A.S bermula 18 Oktober. Google Singapore telah membuka tempahan memilikinya pada harga seperti berikut:

Google Pixel 3 64GB – SGD 1,249 (RM 3,751)
Google Pixel 3 128GB – SGD 1,399 (RM 4,201)
Google Pixel 3 XL 64GB – SGD 1,399 (RM 4,201)
Google Pixel 3 XL 128GB – SGD1 ,549 (RM 4,652)