• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dengan DuitNow, Anda Tak Perlu Ingat Nombor Akaun Untuk Pindahkan Duit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:07 pm
  • 14/10/2018
  • Komen
Dengan DuitNow, Anda Tak Perlu Ingat Nombor Akaun Untuk Pindahkan Duit
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bulan Disember 2017 yang lalu, Bank Negara Malaysia ada menerbitkan satu dokumen yang bertajuk Credit Transfer Framework. Selain daripada pemansuhan caj perpindahan IBFT RM0.50 untuk perpindahan kredit dalam jumlah tertentu, dokumen itu juga mengandungi inisiatif kerajaan untuk menghimpunkan penyedia perkhidmatan kewangan seperti bank dan e-wallet.

Tak lama lagi kita bakal menyaksikan inisiatif itu mula menjadi realiti sedikit demi sedikit. DuitNow adalah satu perkhidmatan baru yang akan tiba. Ia dibangunkan oleh pihak yang bertanggungjawab dengan MEPS dan GIRO.



Menggunakan DuitNow, anda boleh memindahkan dana kepada pihak yang lain hanya menggunakan nombor telefon si penerima sahaja.

Menurut laman rasminya, kesemua bank utama tersenarai dalam bank peserta dan mereka sudah pun mula menghantar SMS penyertaan kepada pengguna secara rambang.



Antara ciri-ciri DuitNow adalah seperti berikut:

  • Satu ID DuitNow boleh ditambat pada satu akaun.
  • ID DuitNow pula perlu ditambat pada salah satu sama ada nombor telefon, nombor IC, nombor Passpower, ataupun nombor daftar syarikat.
  • Tiada caj dikenakan untuk perpindahan dana sehingga RM5,000 dan jika lebih, RM0.50 akan dikenakan.
  • Pengguna biasa boleh memindahkan sehingga RM100,000 sehari, manakala perniagaan boleh memindahkan sehingga RM100 juta.

Antara manfaat yang boleh anda nikmati menggunakan DuitNow berbanding cara konvensional adalah anda tak perlu lagi mengingati nombor akaun si penerima sebaliknya tahu nombor telefon sudah mencukupi.

Sistem DuitNow sendiri akan menentukan bank yang mana akan menerima dana yang anda pindahkan, berdasarkan nombor telefon tempat akaun bank itu ditambat.

Selain bank, penyedia perkhidmatan e-wallet turut boleh menyertai rangkaian DuitNow dengan melakukan pendaftaran dengan Bank Negara. Hal ini bermakna, perpindahan wang kelak tidak lagi terhad dalam kalangan bank sahaja sebaliknya antara e-wallet dengan bank bakal direalisasikan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman rasmi perkhidmatan.

Tags: bank negaraduitnowfintechfintekmalaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Dengan DuitNow, Anda Tak Perlu Ingat Nombor Akaun Untuk Pindahkan Duit

Dengan DuitNow, Anda Tak Perlu Ingat Nombor Akaun Untuk Pindahkan Duit

14 October 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER