• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Asus Adakan Program Tempahan Awal ROG Phone Bermula Malam Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:31 pm
  • 15/10/2018
  • Komen
Asus Adakan Program Tempahan Awal ROG Phone Bermula Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Asus menjadualkan pelancaran telefon gaming terhebat mereka, ROG Phone pada 22 Oktober ini. Tapi, jika anda tak sabar untuk memilikinya, muktamadkan keputusan anda malam ini apabila Asus menjalankan program tempahan awal ROG Phone.

Sungguhpun begitu, harga rasmi ROG Phone ini masih tidak didedahkan yang bermakna jika anda menyertai program tempahan awal, anda menyertainya membuta tuli. Untuk rujukan, set AP ROG Phone kini dijual pada harga RM4,999 dan biasanya harga set tulen dengan waranti sah adalah lebih rendah daripada harga set AP.



Program tempahan awal akan dimulakan tepat pada awal pagi 16 Oktober 2018 di Shopee. Deposit RM999 diperlukan untuk berbuat demikian. Menyertainya, anda akan beroleh satu penyertaan untuk cabutan bertuah misteri.

Untuk yang masih tidak tahu, ROG Phone adalah telefon pertama yang dihasilkan di bawah panji-panji Republic of Gaming (ROG), salah satu subjenama Asus yang mengkhususkan pada gaming.



Ia hadir dengan spesifikasi premium seperti:

  • Snapdragon 845
  • RAM 8GB
  • Storan 128GB
  • Bateri 4,000mAh
  • Paparan ber-refresh rate 90Hz dengan kepekaan 1ms

Uniknya telefon ini adalah ia memiliki 2 port USB-C, satu di bawah dan satu di sisi. Menggunakan USB-C sisi, anda boleh bermain game dalam keadaan melintang tanpa kabel mengganggu.

Selain itu, pelbagai aksesori gaming khas hadir untuk dipadankan dengan telefonnya. Contohnya, casing khas dengan paparan sekunder untuk meembantu anda bermain. Ia juga ada bateri sendiri yang memberikan waktu bermain lebih lama.

Tags: asusasus malaysiaASUS ROG Phoneasus rog phone malaysiaasus rog phone murahharga asus rog phonepelancaran asus rog phonereview asus rog phonespesifikasi asus rog phonetempahan asus rog phone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Asus Adakan Program Tempahan Awal ROG Phone Bermula Malam Ini

Asus Adakan Program Tempahan Awal ROG Phone Bermula Malam Ini

15 October 2018
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN