• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Benda Menarik Pada Mate 20 Pro Yang Anda Perlu Tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:54 am
  • 19/10/2018
  • Komen
5 Benda Menarik Pada Mate 20 Pro Yang Anda Perlu Tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak benda baru yang dibawakan Huawei pada Mate 20 Pro berbanding Mate 10. Yang paling radikal adalah konfigurasi kamera yang dimilikinya. Tapi, dalam kalangan pembaharuan yang diumumkan pada acara pelancarannya, kami ingin gariskan lima daripadanya yang menarik untuk dikongsikan kepada anda.

1. Miliki Julat Zum Antara 16mm hingga 270mm

Mate 20 Pro dilengkapi tiga kamera dengan fungsi khusus. Hasil gabungan ketiga-tiganya membolahkan capaian zum antara 16mm hingga 270mm. Untuk rujukan, Sony RX100 VI yang terkini memiliki julat zum antara 24mm hingga 200mm.



Berikut adalah spesifikasi kamera-kamera Mate 20 Pro:

  • 40MP F1.8 27mm – kamera biasa
  • 20MP F2.2 16mm – kamera ultra lebar
  • 8MP F2.4 80mm – kamera telefoto 3x

Walau bagaimanapun, tidak seperti RX100 VI yang mengezum optikal keseluruhannya, Mate 20 Pro terpaksa menggunakan beberapa helah teknologi.



Kamera paling jauh jarak fokal adalah 80mm. Untuk mencapai 135mm dan 270mm mereka terpaksa menggunakan pengezuman digital dengan bantuan pemproses rangkaian neural yang dimilikinya.

Zum keluar

Zum masuk

2. Boleh Cas iPhone X Secara Wayarles

Ini adalah ciri yang pertama di dunia. Tidaklah diketahui sejauh mana praktikalnya fungsi ini. Tapi jika anda memiliki sebuah Mate 20 Pro, pengguna iPhone yang ada fungsi pengecasan Qi pastinya menyukai anda.

Bahagian belakang telefon boleh bertindak sebagai pad pengecas untuk mengecas sebarang peranti yang menyokong piawaian pengecasan wayarles Qi.  Selain iPhone, anda juga boleh mengecas Airpod, Galaxy Note9, dan juga Pixel 3.

3. Mengecas 70% Bateri Cuma Ambil Masa 30 Minit

SuperCharge 2.0 adalah teknologi pengecasan terbaru yang diberikan pada Mate 20 Pro. Kesannya adalah pengecas boleh mengepam masuk sehingga 40 watt tenaga pada satu-satu masa untuk mengisi tangki bateri telefon ini.

40 watt adalah amat pantas. Untuk rujukan, iPhone XS hanya membekalkan pengecas 5 Watt sahaja dalam kotak. Mate 20 Pro boleh diisi sehingga 70% dalam masa sekitar 30 minit saja.

4. Kad “Mikro-SD” Dengan Saiz Pelik

Mate 20 Pro tidak menggunakan slot mikro-SD untuk memperluas storan dalamannya. Sebaliknya mereka menggunakan Nano Memory (NM) piawaian storan proprietari milik Huawei.

Ia seperti Sony dengan Memory Stick yang mereka gunakan satu ketika dulu. Bagusnya NM Huawei ini adalah ia mengikuti saiz kad nano SIM. Maka, pengguna Mate 20 Pro hanya perlu gunakan slot nano SIM yang serupa untuk meletakkan storan tambahan.

Selain memudahkan, ia turut menjimatkan daripada segi kos pengeluaran kerana slot itu kini jadi dwifungsi.

5. Penggunaan Kaca Bertekstur Yang Unik

Oleh sebab ingin memasukkan fungsi pengecasan waayarles, pengeluar telefon terpaksa menggunakan materi kaca sebagai kemasan belakang telefon ini. Tapi masalah dengan kaca adalah ia sering menjadi magnet cap jari.

Mujurlah Huawei telah fikirkan isu ini lebih awal. Pada kemasan kaca, ada tekstur khas dan bukannya licin. Jadi ia tidak mudah comot dan lebih baik, tekstur ini memberikan lebih cengkaman apabila dipegang tanpa casing.

Mate 20 Pro hadir dalam warna seperti berikut:

  • Emerald Green
  • Twilight
  • Midnight Blue
  • Black

Untuk harga kesemua produk Huawei yang dilancarkan bersama-sama Mate 20 Pro, anda boleh merujuk pada artikel ini.

Tags: androidfeatureHuaweiHuawei Mate 20Huawei Mate 20 Protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Benda Menarik Pada Mate 20 Pro Yang Anda Perlu Tahu

5 Benda Menarik Pada Mate 20 Pro Yang Anda Perlu Tahu

19 October 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER