fbpx

Semua Maklumat Jualan Mate 20 Pro Di Malaysia Dan Produk Yang Dilancar Bersamanya

Malaysia seperti biasa menjadi tumpuan Huawei apabila menjadi pasaran terawal menerima peranti baru yang mereka lancarkan. Jika anda sedang skodeng mana-mana produk Huawei yang dilancarkan pada 16 Oktober 2018 yang lalu, ini adalah maklumat yang perlu anda tahu.

Huawei Mate 20 Pro & Mate 20

Mate 20 Pro dan Mate 20 kedua-duanya akan mula dijual pada 27 Oktober ini pada harga seperti berikut:

Anda turut akan menerima hadiah percuma jika anda membeli mana-mana telefon ini. Huawei SoundStone, sebuah speaker Bluetooth akan diberikan bersama-sama Mate 20 manakala untuk Mate 20 Pro, anda akan menerima Huawei Wireless Charger 15W.

Untuk pilihan warna, pasaran Malaysia akan menerima Mate 20 dalam warna Hitam dan biru. Manakala Mate 20 Pro disediakan dalam warna Hitam, Hijau dan Twilight.

Tempahan awal untuk memiliki Mate 20 akan berjalan antara 19 Oktober hingga 22 Oktober 2018 dan anda akan menerima hadiah berupa Huawei Talk Band B5 yang bernilai RM699. Tempahan ini boleh dibuat di laman web Huawei Malaysia.

Huawei akan mengadakan majlis jualan hari pertama di tiga lokasi pada 27 & 28 Oktober 2018 iaitu di:

  1. Queensbay Mall, Pulau Pinang,
  2. Pavillion, Kuala Lumpur,
  3. Aeon Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Sekiranya anda antara yang terawal membeli di lokasi jerayawara berlangsung, anda akan menerima sebuah DJI Tello bernilai RM469.

Anda boleh menerima semua hadiah tadi iaitu Huawei Talkband B5, Huawei Sandatone/Wireless Charger 15W dan DJI Tello jika anda membuat tempahan awal (19-22/10) dan menjadi yang terawal beratur di 3 lokasi jerayawara tadi. Berbaloi kan.

BACA  Xiaomi Malaysia lancar 3 model fon telinga TWS mampu milik

Huawei Mate 20 RS Porsche Design tidak pula dimaklumkan sama ada akan tiba di Malaysia ataupun tidak.

Huawei Mate 20 X

Telefon ketiga Huawei yang akan tiba di Malaysia adalah Huawei Mate 20 X. Ia akan mula dijual bermula 11 November 2018 ini pada harga RM3,199. Setiap pembelian akan menerima flip case serta M-Pen. Stailus itu turut dijual berasingan pada harga RM159.

Huawei Watch GT & Huawei Talk Band B5

Jika anda berminat dengan dua produk boleh pakai Huawei iaitu Huawei Watch GT dan juga Talk Band B5, mereka berdua akan mula dijual bersama-sama Mate 20 ini pada 27 Oktober 2018 pada harga seperti berikut:

Huawei MateBook X Pro & MateBook D

Pasaran Malaysia turut akan dihidangkan dengan dua buah laptop Huawei iaitu MateBook X Pro dan juga MateBook D dan anda boleh membelinya pada 27 Oktober ini pada harga seperti berikut:

Untuk hadiah percuma, pembelian mana-mana laptop Huawei ini akan melayakkan anda menerima sebuah tetikus Bluetooth bersama-sama beg galas. Tapi untuk MateBook X Pro, anda akan terima casing kulit tambahan.

Belum cukup dengan itu, sekiranya anda membeli salah satu laptop Huawei di jerayawara yang akan berlangsung pada 27 & 28 Oktober 2018 di tiga lokasi yang disebutkan sebelum ini, anda turut berpeluang menerima sebuah fon felinga penyaring hingar bernilai RM295.