fbpx

Rantai Swarovski percuma dalam edisi terhad vivo V11i Dewi Merah Jambu

Bulan lepas, vivo Malaysia melancarkan dua model telefon pintar, vivo V11 dan V11i. Kedua-duanya datang dalam dua pilihan warna, Starry Night dan Nebula. Hari ini mereka mengumumkan warna baru untuk vivo V11i dalam edisi terhad, Fairy Pink.

vivo V11i edisi terhad Fairy Pink mengekalkan warna dalam bentuk gradient, merah jambu dengan sedikit sentuhan biru. Ia akan datang bersama barangan eksklusif bernilai RM399, berupa kotak hadiah dan rantai leher Swarovski.

Lebih menarik, harga vivo V11i Fairy Pink kekal sama dengan dulu, iaitu RM1,299. Tempahan awal boleh dibuat bermula hari ini di Lazada, dan akan mula dihantar pada 1 November 2018.

Spesifikasi edisi terhad vivo V11i ini tidak ada bezanya dengan edisi biasa yang telah dijual. Ia memiliki skrin seluas 6.3-inci HD Penuh dengan takuk kecil titisan air, menjadikan nisbah skrin ke badan setinggi 91.27%.

Di dalam, ia memiliki cip pemproses Mediatek Helio P60, RAM 4GB dan storan 128GB. Baterinya sebesar 3,315mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W menerusi sambungan mikroUSB. Bukan USB-C. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm.

Untuk kamera, V11i menggunakan konfigurasi dwi-kamera belakang 16MP+5MP berkuasa AI bersama kebolehan tangkapan bokeh, serta kamera depan tunggal 25MP.

Kepada yang berminat dengan edisi terhad Pink Fairy ini, boleh mula membuat tempahan di Stor vivo di Lazada sekarang. Maklumat lanjut berkenaan vivo V11i boleh ditemui di laman web vivo Malaysia.

BACA  Oppo Service Day hadiah buat semua pengguna