• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Store Flagship OPPO Kedai Paling Futuristik Pernah Saya Lawati

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:31 am
  • 26/10/2018
  • Komen
Store Flagship OPPO Kedai Paling Futuristik Pernah Saya Lawati
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda tak tahu, OPPO adalah sebuah jenama yang amat kukuh di China, lebih-lebih lagi di sekitar wilayah Shenzhen, tempat letaknya kilang pengeluaran telefon itu. Tapi, jika anda berpeluang untuk ke Shenzhen, anda perlu lawati gedung flagship OPPO yang dikenali sebagai Premium Flagship Store.

Bahagian muka kedai yang futuristik



Bagusnya kedai ini adalah ia memiliki lokasi yang strategik iaitu di daerah komersial Huaqiang Utara. Kalau di KL, ia boleh diibaratkan terletak di Bukit Bintang yang memiliki akses pelbagai pengangkutan.

Bukan sahaja lokasinya gah, skala pusat servis ini juga sama gahya. Untuk sebuah kedai telefon, ia memiliki keluasan lantai sekurang-kurangnya 6,400 kaki persegi yang sememangnya agak besar untuk tujuan tersebut.



Ruang pameran yang luas dan minimalistik

Menurut pihak OPPO ini adalah OPPO Premium Flagship Store terbesar setakat ini selepas cawangan pertama mereka yang dibuka di Shanghai.

Di dalamnya anda boleh temui tawaran-tawaran telefon terkini OPPO, daripada yang mampu milik hinggalah yang premium seperti FIND X edisi Lamborghini.

 

Telefon sebenar dipamerkan dan bukannya unit olok-olok

Mereka tidak sekadar menjual telefon, anda boleh teui pelbagai aksesori berkaitan telefon yang lain seperti:

  • earfon/headfon
  • speaker
  • gimbal
  • dron

Ruang menunggu yang dilengkapi port pengecas USB

Rekaan dalaman premis ini amat futuristik. Tidak seperti kedai biasa yang padat dengan produk jualan dan stok dimerata-rata, anda tidak akan jumpa semua itu di sini. Semuanya dipamerkan dalam keadaan yang cantik dan menarik. Misalnya OPPO FIND X diletakkan di atas sebuah carousel berputar untuk menggayakan produk itu daripada segenap pelosok.

Terdapat juga hiasan-hiasan lain akan jadi “asam dan garam” pengalaman melawat kedai ini. Anda akan temui barangan vintage seperti konsol PlayStation versi pertama, pemain audio Walkman, dan sebagainya. Semua ini untuk mengingatkan pengunjung tentang betapa jauhnya ketamadunan manusia telah maju pada hari ini.

Menitikberatkan konsep swalayan

Salah satu yang unik tentang kedai ini adalah pada bangku di ruangan menunggu terdapat port USB untuk kemudahan pengunjung mengecas telefon. Bahagian yang uniknya adalah selepas anda menyambungkan telefon pada pengecas, satu notifikasi akan terpacul pada paparan besar berhampiran anda untuk mencerap tempoh mengecas anda. Itu adalah sesuatu yang intuitif!

Keintituifan tidak terhenti di situ, sejurus memasuki kedai, anda akan perasan yang kedai ini tiada kaunter pembayaran dan staf kedai tidak akan mengekori anda kesana-kemari. Hal ini kerana, OPPO ingin menerapkan konsep swalayan, pengguna boleh mengambil seberapa lama masa yang diperlukan untuk membuat keputusan dan setelah bersedia, pelayan akan membawakan terminal pembayaran terus kepada pelanggan.

Aksesori berkaitan telefon turut dijual

Makanya, urusan jual beli boleh berlaku di mana-mana sahaja ruangan kedai ini.

Premium Flagship Store ini ada kegunaan lainnya. Jika anda ke tingkat dua premis ini, ia adalah pusat khidmat pelanggan untuk produk OPPO. Disebabkan memiliki lokasi strategik, pengguna tidak perlu tercari-cari tempat untuk mengadu sekiranya berdepan masalah dengan produk OPPO milik mereka.

Di Malaysia, OPPO sering kali dilihat sebagai jenama midrange, dibawah nama-nama seperti Samsung dan Huawei. Mungkin sebab itulah kita masih belum ada Premium Flagship Store.

Tags: flagship storemobileoppooppo shenzen
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Store Flagship OPPO Kedai Paling Futuristik Pernah Saya Lawati

Store Flagship OPPO Kedai Paling Futuristik Pernah Saya Lawati

26 October 2018
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER