Kemas Kini Nova 3i Yang Seterusnya Bakal Jadikan Kameranya Sekuasa Mate 20

Sejak pengenalan siri P20, Huawei terus menguasai fotografi bergenre malam apabila menggunakan teknologi AI bagi memberikan keupayaan menangkap gambar keadaan malap yang baik. Kemudian ciri itu diwarisi pada siri Mate 20 dan yang terbaru, Nova 3i bakal jadi Nova pertama yang menerima AIS Night Mode.

Huawei mengumumkan kemaskini ini bakal diterima Nova 3i bermula 1 November ini secara berperingkat. Menggunakan AIS Night Mode, anda boleh mengambil gambar malam dengan shutter speed sehingga 4 saat lamanya tanpa menggunakan tripod dan masih terima hasil gambar yang tajam.

Contoh gambar menggunakan AIS Night Mode

Gambar subjek yang sama daripada kamera iPhone XS

Nova 3i adalah telefon midrange terbaru daripada Huawei dan sedang dipasarkan pada harga RM1,299. Berikut adalah spesifikasi asas Nova 3i:

  • Paparan 6.3″ FHD
  • CPU Kirin 710
  • RAM 4 GB
  • Storan 128 GB
  • Bateri 3,340 mAh
  • Dwikamera belakang 16 MP + 2 MP
  • Dwikamera depan 24 MP + 2 MP
BACA  Internet Maxis hilang di tengah malam