• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor 8X merah menyala masih peranti 128GB termurah

  • OLEH Najib
  • 6:45 pm
  • 01/11/2018
  • Komen
honor 8X merah menyala masih peranti 128GB termurah
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ada bajet RM1,000 untuk membeli telefon pintar, salah satu model yang akan kami cadangkan ialah honor 8X. Ini kerana ia memiliki storan 128GB, sesuatu yang sukar ditemui di telefon pintar kelas pertengahan dengan harga di bawah RM1,000.

Dilancarkan dalam dua warna iaitu Biru dan Hitam, kini honor mengumumkan warna ketiga akan tiba ke Malaysia. Warna merah menyala dan berkilauan ini boleh mula dibeli di Malaysia pada 7 November 2018. Kekal dengan harga yang sama, RM949 sahaja.



Tetapi hanya terdapat 500 unit honor 8X Merah yang akan dijual pada 7 November kelak, dan ia hanya boleh dibeli dalam talian menerusi platform HiHonor, Shopee, Lazada dan 11street. Ia kemudiannya boleh didapati dari pengedar seluruh Malaysia pada 10 November 2018.

Khas di laman web HiHonor, pembelian Honor 8X Merah di laman ini akan turut menerima honor Band 3 secara percuma. Selagi stok masih ada.



honor 8X ini memiliki skrin yang sangat besar dan bingkai amat nipis. Skrin ini berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh+ dan memenuhi 91% ruang hadapan, bersama takuk di atas.

Kuasa dalamannya digerakkan oleh CPU Kirin 710 berkuasa GPU Turbo, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga memiliki tiga slot kad, menerima dua kad sim nano dan satu kad mikroSD serentak.

Kamera belakangnya menggunakan dwi-lensa 20MP+2MP F1.8 berkuasa AI, bersama fungsi Super Night Shot seperti di Huawei P20 dan juga Super Slow Motion sehingga 480fps. Kamera hadapan pula berlensa tunggal 16MP.

Bateri sebesar 3,750mAh dipasang di dalamnya dan dicas melalui sambungan mikroUSB. Peranti ini menjalankan sistem operasi EMUI berasaskan Android 8.1 Oreo.

Kepada peminat peranti berwarna merah, jangan terlepas untuk mendapatkan honor 8X Merah pada 7 November nanti. Dapatkannya di HiHonor bersama honor Band 3 percuma, atau di platform lain seperti Shopee, Lazada dan 11street.

Tags: honorhonor 8Xhonor malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
honor 8X merah menyala masih peranti 128GB termurah

honor 8X merah menyala masih peranti 128GB termurah

1 November 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER