Jangan Salahkan Unifi, Anda Mungkin Punca Internet Perlahan

Metodologi

Saya gunakan dua jenis untuk mengambil data kelajuan internet dan mereka ialah:

Laptop berada kurang daripada 1 meter daripada router untuk ujian jarak dekat

Kemudian, saya gunakan perkhidmatan penilaian Speedtest.net digunakan untuk mengambil bacaan. Beberapa pemboleh ubah dirangka dan 7 permutasi yang diuji adalah:

  1. Mi 8 + Wi-Fi 2.4 Ghz + ujian di depan router
  2. Mi 8 + Wi-Fi 2.4 Ghz + ujian di dalam bilik
  3. Mi 8 + Wi-Fi 5.0 Ghz + ujian di depan router
  4. Mi 8 + Wi-Fi 5.0 Ghz + ujian di dalam bilik
  5. Laptop + Wi-Fi 2.4 Ghz + ujian di depan router
  6. Laptop + Wi-Fi 5.0 Ghz + ujian di dalam bilik
  7. Laptop + kabel LAN

Data yang saya kutip kutip adalah:

  1. Kelajuan muat turun (download)
  2. Kelajuan muat naik (upload)
  3. Ping

Data dan Analisis

Pelan unifi yang digunakan dalam eksperimen ini adalah yang berkelajuan 50 Mbps (download) dan 20 Mbps (upload). Berikut adalah himpunan data untuk setiap ujian dengan 5 kali ulangan.

Data kelajuan muat naik dan muat turun (Mbps) serta nilai ping (ms) dalam keadaan tertentu

Secara keseluruhannya, kebanyakkan ujian berjaya mencatatkan kelajuan menghampiri 50 Mbps. Kelajuan download paling perlahan adalah 40.6 Mbps yang diperoleh melalui ujian 5.0 Ghz jarak jauh menggunakan telefon.

Laptop pula menghadapi masalah semasa fasa upload apabila mencatatkan kelajuan 17 Mbps untuk Wi-Fi 2.4 Ghz jarak jauh dan 17.4 Mbps untuk Wi-Fi 5 Ghz jarak jauh.

Menggunakan sambungan LAN, laptop berjaya beroleh keputusan ujian yang lebih konsisten tetapi ia mencatatkan ping sedikit tinggi dengan purata 21.2 ms.

Jadual di bawah pula adalah data yang sama, tetapi data ping telah dibuang dan kelajuan muat turun dan naik ditukar kepada skor. Skor ini melambangkan perbezaan relatif antara kelajuan yang diperoleh berbanding dengan kelajuan sepatutnya.

BACA  Kit Ramadan 2019 Untuk Telefon Anda

Data kelajuan muat naik dan muat turun (peratus) berbanding kelajuan langganan

Skor dikira dengan cara membandingkan kelajuan dengan pakej langganan semasa kami. Pelan unifi yang diuji adalah berkelajuan 50 Mbps untuk muat turun dan 20 Mbps untuk muat naik. Rujukan skor adalah seperti berikut:

  • Skor 0 untuk tiada sambungan Internet langsung
  • Skor 0.5 untuk kelajuan 50% daripada kelajuan langganan
  • Skor 1.0 untuk kelajuan sama dengan kelajuan langganan
  • Skor melebihi 1.0 menunjukkan kelajuan yang diperloeh lebih tinggi daripada kelajuan langganan

Beberapa dapatan yang menarik adalah:

  • Kelajuan Internet menggunakan kabel LAN lebih stabil berbanding yang lain apabila kesemua replikasi, tidak kira download ataupun upload, mendapat skor melebihi 1
  • Apabila berada jauh daripada router, telefon dan laptop menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laju muat naik yang konsisten
  • Laju muat naik terkesan jika telefon berada jauh daripada router, lebih-labih lagi apabila bersambung dengan Wi-Fi 5.0 Ghz

Jadi, saya menyimpulkan pihak ISP tidaklah boleh dipersalahkan sepenuhnya sekiranya berdepan pengalaman Internet yang tidak perlahan. Sebaliknya perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah memeriksa kelengkapan penyambungan Internet yang ada di rumah anda seperti router Wi-Fi.

Tapi jika masih tidak berpuas hati, anda boleh melakukan aduan kepada ISP anda ataupun ke CFM melalui beberapa cara.

MUKA 3: TIPS MAKSIMUMKAN KELAJUAN INTERNET

Contents