fbpx

Jangan Salahkan Unifi, Anda Mungkin Punca Internet Perlahan

Tips Memaksimum Kelajuan Sambungan Internet

Jaringan Internet adalah sesuatu yang amat kompleks. Antara Internet dan kita, terdapat pelbagai faktor mempengaruhi kelajuan capaian yang ada diantaranya kita boleh kawal dan selebihnya tidak. Contohnya daripada Internet sehingga ke kotak modem adalah tanggung-jawab ISP anda. Apa yang boleh dilakukan pada pihak anda adalah bahagian terakhir iaitu router.

ISP boleh berikan naik taraf kelajuan, tapi mampukah perkakasan anda menampungnya?

Secara asasnya, kita beroleh capaian Internet daripada router menerusi dua saluran iaitu kabel dan Wi-Fi.

Bagi memastikan kita menikmati kelajuan paling optimum, anda perlu memastikan perkakasan anda menyokong kelajuan yang anda inginkan. Contohnya, jika anda melanggan TIME 1 Gbps, antara yang perlu diberi perhatian adalah:

  • Router ada port WAN yang menyokong data berkelajuan 1Gbps daripada modem
  • Router ada port LAN yang menyokong capaian 1 Gbps
  • Kabel LAN yang menyokong capaian 1 Gbps
  • Router dengan keupayaan memancarkan Wi-Fi sepantas 1 Gbps
  • Port LAN pada klien (i.e TV pintar atau komputer) menyokong capaian 1 Gbps
  • Peranti yang ingin bersambung dengan Wi-Fi mampu menerima sambungan 1 Gbps

Router mainkan banyak peranan untuk pastikan pengalaman Internet yang optimum

Jika salah satu daripada rukun ini tidak dipenuhi, alamatnya pengalaman Internet anda mungkin di-bottleneck-kan pada komponen yang tak mampu menangani kelajuan sepantas itu. Jika anda tak tahu router mana yang sesuai dengan pakej unifi anda, anda boleh membaca artikel ini yang ada banyak maklumat berkaitannya.

Gunakan Kabel LAN Selagi Boleh

Sambungan kabel adalah yang paling utuh dan ideal kerana tiada inteferens gelombang berlaku yang boleh merosakkan pakej data yang dihantar. Tambahan pula, menggunakan sambungan kabel aliran datanya, tidak perlu ditala kepada penerima kerana laluannya telah ditetapkan iaitu kabel itu sendiri.

BACA  TM akan naik taraf semua pengguna Streamyx menggunakan fiber, wayarles atau GigaWire selewatnya pada 2021

Jenis kabel LAN turut mempengaruhi kelajuan maksimum

Berbeza pula dengan sambungan Wi-Fi, router tidak tahu dimanakah peranti anda berada. Hasilnya, ia menghamburkan gelombang radio dalam semua arah dengan harapan ia akan tiba ke peranti yang ditujunya. Jadi, jika anda mahukan sambungan yang stabil, kabel LAN adalah jawapannya.

Tapi jika peranti klien berada jauh daripada router untuk  menarik kabel, anda boleh gunakan homeplug. Alat ini akan menukarkan pendawaian elektrik di dalam rumah anda menjadi satu jaringan LAN yang luas.

Contoh homeplug

Contohnya, TV pintar anda berada di tingkat bawah manakala router di tingkat atas, anda hanya perlu menggunakan dua kabel LAN, satu daripada router ke  homeplug A dan satu lagi daripada homeplug B ke TV.

Contoh diagram homeplug

Bukan saja anda beroleh sambungan kabel antara router dan TV, anda juga tidak berdepan dengan masalah kabel yang berpintal. Tapi, anda perlu juga berikan perhatian kepada jenis kabel LAN yang digunakan. Pastikan anda menggunakan Cat5e dan keatas untuk menikmati sambungan melebihi 100 Mbps.

Simpan Wi-Fi Untuk Peranti Mudah Alih

Memang benar sambungan Wi-Fi lebih kemas dan pantas. Namun, disebabkan ia berasaskan gelombang radio, masalah degradasi isyarat dan juga inteferens sering kali menjejaskan kelajuan capaian Internet. Saya yakin, kebanyakkan aduan daripada pengguna kepada ISP tentang kelebapan Internet mereka adalah kerana menguji kelajuan menggunakan Wi-Fi.

Wifi membolehkan kita dapat sambungan Internet tampa perlu mengusung kabel LAN merata-rata

Bagi saya, Wi-Fi adalah satu lagi lapisan yang hadir antara peranti anda dengan Internet dan ia menambah seribu satu kemungkinan yang boleh mempengaruhi pengalaman berinternet anda.

Contohnya, Wi-Fi 2.4 Ghz dan Wi-Fi 5.0 Ghz menggunakan frekuensi gelombang yang berbeza untuk berkomunikasi dengan peranti. 2.4 Ghz memiliki cakupan yang luas tapi jalur yang sempit dan sebaliknya 5.0 Ghz ada cakupan terhad tetapi jalur yang luas untuk mengangkut data. Itupun kita masih belum menyentuh bab channel kepada Wi-Fi yang pastinya lebih memeningkan kepala.

BACA  Adakah ini #KhabarBaik yang dinanti pengguna Streamyx?

Spektrum Wi-Fi yang sesak memberi kesan pada kelajuan Internet dek inteferens yang berlaku

Oleh sebab itu, jika anda menggunakan Wi-Fi untuk sesuatu yang tidak mudah alih seperti PS4 dan TV pintar, anda boleh gunakan Wi-Fi 5.0 Ghz kerana kepantasan dan kebarangkalian berada di luar cakupan Wi-Fi lebih kurang. Untuk telefon, anda boleh gunakan 2.4 Ghz untuk kerana ia sentiasa bergerak di dalam rumah dan memerlukan cakupan Wi-Fi luas, iaitu manfaat yang diberikan oleh Wi-Fi 2.4 Ghz.

Jadi, sifir asasnya adalah:

  • 2.4 Ghz untuk coverage yang luas
  • 5.0 Ghz untuk kelajuan yang tinggi

Contents