Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

honor Play x AUDI potong harga peranti di Malaysia

honor Play adalah telefon pertama di pasaran yang menampilkan telefon pintar dengan kuasa pemproses tertinggi, pada harga sangat mampu milik. Ia tiba di Malaysia pada Ogos lepas dengan harga RM1,249 sahaja, harga terendah untuk peranti berkuasa Kirin 970.

Tidak lama selepas itu, honor memperkenalkan honor Play Player Edition. Ia adalah telefon pintar yang sama dengan edisi biasa, tetapi menampilkan kemasan luar dengan rekaan litar elektronik. Nampak lebih futuristik.

Kemudian, honor ada berkongsi video berkenaan sebuah kereta lumba keluaran Audi, bersama telefon pintar honor. Rupa-rupanya, mereka akan menghasilkan edisi khas Audi untuk honor Play.

Kami dimaklumkan, telefon pintar ini akan dikenali sebagai honor Play Player Edition RED x AUDI. Ia akan datang ke Malaysia, tetapi hanya terdapat 10 unit sahaja.

Apa yang istimewanya ialah, kali ini honor Play Player Edition berwarna merah, bukan lagi hitam. Ia akan disertakan di dalam sebuah kotak hadiah istimewa bersama kereta mainan Audi Sport LMS. Tetapi cermin mata hitam tidak disertakan.

Maklumat lanjut tentang ketibaan honor Play Player Edition RED x AUDI ini akan diumumkan minggu depan.

Bersama itu, honor Malaysia turut mengumumkan penurunan harga untuk honor Play. Ia kini lebih murah RM150, menjadikan harga honor Play kini hanya RM1,099. Bagi Player Edition, ia berharga RM1,149. Ia boleh dibeli di laman web HiHonor serta penjual sah di Malaysia.

honor Play adalah peranti berkuasa tinggi yang disasarkan untuk bermain games. Ia dilengkapi kuasa pemproses Kirin 970 bersama GPU Turbo, RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB. Kameranya dwi-lensa di belakang, 16MP+2MP bersama kamera hadapan 16MP.

Skrin honor Play seluas 6.3-inci dengan paparan FullView Display bertakuk, bersama bateri sebesar 3,750mAh. Ia datang dengan pengecas pantas Huawei QuickCharge 9V2A melalui USB-C. ia juga masih memiliki jek fon kepala 3.5mm untuk digunakan bersama fon kepala berwayar.

BACA  PROMO: Diskaun hingga 40% dalam 11 hari Jualan Mega Honor

Untuk mengenali honor Play dengan lebih lanjut, baca reviu kami tentang honor Play di sini.