• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM minta TM bertindak lebih telus tentang masalah pengguna

  • OLEH Najib
  • 2:08 pm
  • 19/11/2018
  • Komen
SKMM minta TM bertindak lebih telus tentang masalah pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Telekom Malaysia (TM) seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Beberapa hari lepas mereka berhadapan masalah teknikal akibat kerja-kerja pembinaan MRT dan Lebuhraya yang memberi kesan kepada ramai pengguna, hari ini SKMM pula mahu mengambil tindakan tegas jika masalah pengguna tidak diselesaikan segera.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung penjelasan TM mengenai isu-isu pengguna yang dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.



TM seharusnya lebih prihatin. Berikanlah penjelasan berkenaan isu Streamyx kpd pelanggan mereka. Apakah cadangan utk selesaikan isu ini? Kalau infra copper Streamyx tidak mampu memberikan kelajuan tinggi, sila nyatakan dan sebut dgn jelas apakah langkah seterusnya? https://t.co/6Vc0Aw4uB1

— GobindSinghDeo 🇲🇾 (@GobindSinghDeo) November 17, 2018

Sebagai penyedia jalur lebar tetap terbesar di Malaysia dengan 85.97% bahagian pasaran, sudah pasti harapan pengguna menggunung tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan yang setimpal dengan bayaran yang dibuat. Dengan pelanggan paling ramai di Malaysia, maka sudah pasti banyak juga aduan yang diterima.

Menurut SKMM, berdasarkan purata bilangan aduan untuk setiap 1,000 pelanggan, TM mencatat jumlah aduan tertinggi berbanding penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap yang lain. Aduan yang diterima menjurus kepada:



  • Tidak berpuas hati isu harga (21%)
  • Kurang liputan unifi (16%)
  • Gangguan perkhidmatan unifi (13%)
  • Pertikaian bil dan caj (14%)
  • Penyampaian perkhidmatan (14%)
  • Lain-lain kategori (22%)

SKMM melihat pendekatan TM menangani masalah yang mereka hadapi sebagai tindakan yang tidak boleh diterima. TM dikatakan menangani aduan pengguna dengan memberi alasan masalah teknikal dan meminta pengguna untuk bersabar sahaja, tanpa menjelaskan isu sebenar.

Isu ini bertambah hangat apabila TM berhadapan masalah gangguan internet pada hujung minggu lepas, namun lambat menyatakan sebab-sebab yang mengakibatkan gangguan tersebut.

SKMM juga meminta supaya TM menyusun atur pelan Streamyx dan unifi agar harganya lebih rasional dan saksama, tanpa diskriminasi teknologi dan mengikut kadar kelajuan megabit sesaat. Ini penting terutama di kawasan yang tidak ada perkhidmatan unifi.

TM diminta supaya lebih telus dengan menawarkan pakej bersama nilai tambah yang bersesuaian, serta tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna yang kekurangan pilihan. SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kawal selia kepada TM atau mana-mana pemegang lesen yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Mungkin SKMM perlu lebih jelas tentang peraturan bagaimana yang tidak boleh dilanggar, supaya pengguna boleh membuat aduan dengan lebih tepat untuk SKMM mengambil tindakan. Tetapi tindakan TM yang masih tidak dapat menyelaraskan harga pelan mereka adalah masalah yang larutan, dan ia akan membuatkan lebih ramai pelanggan beralih arah, seperti yang kami kongsikan dalam artikel:

  •  Ini Sebab 3 Orang Kawan Saya Berhenti Melanggan TM Unifi

[Sumber: SKMM]

Tags: MCMCSKMMTMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

SKMM minta TM bertindak lebih telus tentang masalah pengguna

SKMM minta TM bertindak lebih telus tentang masalah pengguna

19 November 2018
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN